selamat tinggal semuanya,jadilah ia sebagai lipatan sejarah dalam hidup...tahun 2011 telah pun berlalu, 2012 membuka tirai dengan kilauan bunga api, di segenap ceruk tanah air, meraikan kedatangan 2012 dengan rasa bangga, seterusnya mengadakan konsep, teriakan dan laungan kegembiraan. seperti macam tahun 2011 membawa malang, meraikan pemergian tahun 2011 dengan penuh rasa gembira, suka tawa. sempat jugak aku ke dataran merdeka untuk menyaksikan sendiri, kegembiraan masyarakat dengan pemergian tahun 2011. sejak dari petang lagi ada yang sudah berkumpul di dataran merdeka, aku berada disitu dari jam 9 malam, inilah pengalaman pertama aku menyambut tahun baru di dataran merdeka, sememangnya teramat-amat sesak dengan masyarakat kota, tidak kira dari negara mana sekali pun, mereka berkumpul menunggu detik jam 12 malam. dari bangla sampai la ke mat saleh terhanguk-hanguk layan musik persembahan dari mizz nina, faizal tahir, jamal, m.nasir dan banyak lagi, sambil menungu detik 12 malam. masyarakat tempatan jangan dikira, dari sekecik-keciknya sampailah setua-tuanya datang berkumpul untuk menyambut tahun baru. sememangnya sangat teruja bila dapat tengok bunga api, sangat cantik, macam-macam bentuk. kebanyakan mereka yang datang adalah semata-mata untuk tengok bunga api sahaja, lepas je habis bunga api, semuanya berpusu-pusu keluar dari dataran. aku tak sempat nak tinjau keadaan di Bukit Bintang, katanya kawan aku, di BB lebih meriah, dia ajak aku sekali, tapi malas la pulak nak ikut, aku duduk je kat dataran tu sambil tengok ketololan sesetengah masyarakat, khususnya masyarakat asing..semasa di sana sempat jugak aku amik gambar buat kenangan..
konklusinya, kalau la sambutan maal hijrah pun macam ni,agaknya mesti meriah lagi tahun baru islam..tapi nak buat macam mana sebaliknya terjadi.
No comments:
Post a Comment