Sunday, January 1, 2012

CERITA SERAM SATU FENOMENA BAHARU DALAM MASYARAKAT

Jika kita perhatikan sejak kebelakangan ini, kebanjiran cerita-cerita hantu/seram semakin berkembang, seperti satu fenomena baru dalam industri drama/filem di malaysia. dan cerita-cerita ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penonton, seterusnya seperti menyokong pengarah filem/drama tersebut untuk meningkatkan atau menerbitkan lebih banyak lagi cerita-cerita seram/hantu. dengan secara langsung pengarah dengan sendirinya terpanggil untuk menerbitkan lagi cerita-cerita seram dengan anggapan bagi menghiburkan penonton, dan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab. sepertimana yang anda tahu, niat tidak mungkin menghalalkan matlamat. walaupun niatnya untuk menghiburkan penonton, tapi matlamatnya adalah salah disisi Islam khususnya, bangsa kita seperti berbalik semula ke zaman animisme, di mana masyarakat pada zaman itu sangat berpengang dan percaya kepada penunggu, jin, hantu sebagai roh yang mengawal mereka. cuma yang berbeza pada zaman ini adalah kita berpegang kepada Islam tetapi masih mengangkat cerita-cerita yang telah nenek moyang kita telah tinggalkan dahulu selepas kedatangan Islam. bermakna kita cuba mengangkat kembali tradisi masyarakat melayu yang tidak menggunakan akal. jika kita lihat masyarakat melayu khususnya telah melalui empat period zaman, iaitu animisme, hinduisme, islam, dan barat. Dalam ke empat-empat zaman ini, didapati zaman islam merupakan zaman kegemilangan masyarakat melayu, di mana islam telah mengajar seluruh umatnya menggunakan akal, dengan meneroka bidang-bidang ilmu yang boleh memajukan tamadun melayu. dan ilmu yang di sampaikan oleh islam terus, tidak ada sekatan, mahupun penggunaan kasta seperti masyarakat melayu semasazaman hindu, dimana golongan dewa-dewa dan pembesar sahaja memahami bahasa sanskrit, masyarakat bawahan tidak boleh membawa dalam bahasa sanskrit, dan ini dapat kita lihat bagaimana diskriminasi ilmu semasa zaman hinduisme, kemunculan islam telah merubah dengan meruntuhkan kasta-kasta semasa zaman hindu, dengan mengajar umatnya mendalami ilmu pengetahuan tidak kira keturunan, dan bahasa ilmu pada masa itu adalah bahasa jawi. bermakna bila ilmu itu ada masyarakat tidak lagi menyembah atau mempercayai benda-benda khurafat. dan jika dapat kita lihat pada abad ini, masyarakat seolah-olah ingin kembali ke zaman gelap semula, dimana masyarakat yang mempercayai benda-benda khurafat. mungkin anda tidak setuju dengan pandangan saya ini, bukan orang dewasa yang saya takutkan, tapi kanak-kanak yang masih kecil, jika mereka didendangkan dengan cerita-cerita seperti ini dari awal, takut nanti akan terpesong pemikiran mereka. bagi kanak-kanak yang menonton cerita-cerita ini dan dijelaskan secara terperinci semula oleh ibubapa mereka mungkin mereka selamat, tapi bagaimana dengan kanak-kanak yang tidak mendapat perincian daripada sesiapa, sejujurnya berkemungkinan mereka akan mempercayai benda-benda khurafat ini, dan satu lagi cerita-cerita seram/hantu ini tidak dapat mendidik pemikiran yang kritis, cerita seperti ini tiada idea, atau ilmu yang ingin disampaikan sebaliknya hanyalah sekadar cerita. seharusnya pengarah atau sesiapa yang terlibat dalam menjayakan sesebuah cerita, perlu melihat kepada pemikiran yang ingin disampaikan bukan sekadar cerita sahaja.

No comments:

Post a Comment