Saturday, December 31, 2011

MA, SELAMAT TAHUN BARU

ayam berkejaran, itik bersudu-suan, pepohonan yang rendang, dedaunan melambai-lambai seakan-akan memanggil aku, untuk pulang ke kampung halaman. hajat tak kesampaian, bukan tak mahu pulang tapi ada tanggungjawab yang harus aku selesaikan. insya-Allah, kalau dipanjangkan usia, akan sampai waktunya pulanglah aku kesana.  apa khabar bonda disana, semoga sihat senantiasa, disamping adinda tercinta, macam mana belajar,harap tak malas membaca. rajin-rajinlah jikalau nak berjaya. jika sampai masa, aku akan pulang bertemu bonda. doa anakmu disini tak pernah lekang untuk keluarga disana, sempena tahun baru yang bakal kunjung tiba, anakmu disini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika tahun ini, anakmu disini pernah mengguris hati bonda. sebelum terlupa, abg chik disini ok je, tak banyak kerenah, biasalah jiwa muda, tapi buat masa ni masih lagi dengar kata. insya-allah nak usahakan dia cari kerja yang ok sikit, nanti tunggu masa, lagipun sekarang ni nak buat persiapan untuk ujian akhir. nanti cuti sem ore carikan kerja yang ok sikit untuk dia, sekarang ni dia dah banyak berubah,tak macam dulu..ada da sikit disiplin hidup. makan pun da sekarang ni da ok.tapi badan tak naik-naik.hehehe..nanti dia dapat gaji dia cakap nak hantar duit kat ma.
tak tahu ma ingat ke tak esok hari lahir ore, selalunya ma tak pernah lupa, tapi tak tahulah mungkin esok kot-kot lupa. apa pun jae sayang ma..
buat kakak ku, yang berada di kuala krai, cheras, dan kota kinabalu selamat tahun baru, dan semoga berbahagia bersama keluarga masing-masing. ingat deh, arwah abah tak tinggalkan harta metarial, dia tinggalkan kita, kitalah harta yang dia tinggal, so pakak-pakak jaga lah adik-beradik kita..
buat si dia, miniey afniey, tunang tercinta, selamat tahun baru yerrrr...semoga hubungan yang kita huraikan bersama 8 tahun ni berkekalan sampai bila-bila...

p/s: nanti kawin nak anak cepat,jelous tengok kawan-kawan yang dah ada anak, happy je, kita pun gitu kan..hehehehe,wawawawaw...impian akan jadi kenyataan, mencipta ilusi dalam fantasi tak seindah realiti, tak sedar kita telah banyak menghabiskan masa, sedangkan sedikit sahaja kita menggunakan masa. mengejar bulan dan bintang, sehingga tengelam di dalam lamunan.cantik tak semestinya putih, hodoh tak semestinya hitam.

dalam kegelapan
aku meraba-raba dalam suram
tercari-cari sesuatu yang hilang
terlena dalam mimpi malam
tersungkur dan tersemban
bangun teruskan perjalanan

dalam kedaifan
aku ditemukan cahaya terang
menerangi suram malam
kini aku bukan lagi bermimpi
bukan lagi fantasi
indahnya realiti
dalam kehidupan

aku tidak lagi membuang
mengunakan masa terluang
dengan penuh keta'kulan
untuk mengejar masa depan

aku bermimpi bukan mengejar bulan dan bintang
aku berealiti kejayaan kehidupan
aku tak mahu tengelam dalam lamunan
sekadar fiksyen kehidupan.

putih janganlah terus disimpan
hitam tak usahlah di buang
cantik jangan terus disayang
hitam tak usahlah ditendang

No comments:

Post a Comment