Saturday, December 31, 2011

UCAPAN PENUTUPAN TAHUN 2011 DAN SELAMAT HARI TUA

lembaran tahun baru akan datang tak sampai 24jam lagi..sejarah, kenangan, suka-duka, gelak ketawa tahun 2011 akan ditutup dan tirai 2012, buku baru tahun 2012 akan membuka bicara. soalan yang sering ditanya apabila tiba tahun baru, apakah azam tahun baru?hehehe..soalan tu memang akan sentiasa ada. sebenarnya azam untuk menjadi lebih baik tak perlu tunggu tahun baru, tahun baru ni jugak maka dengan segala hormatnya umur aku akan bertambah, selamat hari tua..semoga 2011 yang aku tinggalkan menjadi satu pengalaman, pengajaran untuk menempuh tahun 2012 pula. sesungguhnya tahun 2011 terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada diri aku, keluarga dan seterusnya negara. yang mana baik kita jadikan teladan dan yang mana tak baik kita semua jadikan ia sebagai sempadan. insya-Allah semoga tahun baru yang akan kita sambut tak lama lagi akan memberikan kita kebahagiaan, kegembiraan, keluasan, ketenangan, keselamatan kepada diri, keluarga dan negara.isya-Allah,amin!!
disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini, dan memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan yang sengaja ataupun tidak sengaja. kepada rakan-rakan di blog, semoga tahun baru ini, penulisan anda lebih ilmiah sifatnya, untuk kita sama-sama berkongsi idea dan pemikiran. kepada kawan-kawan di upm, see u and happy new year...
kepada semua pensyarah-pensyarah terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada saya, khususnya pensyarah di fakulti bahasa moden dan komunikasi.
penulisan saya kali ini menutup tahun 2011 dan kita semua akan jumpa pada tahun baru.untuk korang yang baca blog ni jangan lupa wish my besday 1 januari ni..daaaaaaaaaaaaa..

No comments:

Post a Comment