assalamualaikum buat semua..
bukan mudah untuk kita mengendalikan sesuatu organisasi, tambahan pula apabila kita terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang mudah melenting, tidak pakai idea orang lain, buat kepala sendiri. ini merupakan masalah-masalah yang biasa timbul dalam mengendalikan sesuatu program ataupun aktiviti. saya dilantik sebagai pengerusi malam tradisi sastera rakyat yang akan di pentaskan pada 3 april 2011 di panggung percubaan upm. dalam melaksanakan tugas sebagai pengerusi saya terpaksa menahan telingga, bersifat hati kering, melayan kerenah "orang atas". saya tidak tahu sebenarnya apa yang beliau mahu daripada saya. kalaulah betul beliau tidak suka atas pelantikan saya sebagai pengerusi, sepatutnya beliau mestilah bersifat terbuka, tambahan beliau pula sebagai seorang pensyarah yang mempunyai pendidikan tinggi, dihormati, sepatutnya beliau menyatakannya dari awal lagi, lagipun perlantikan saya berdasarkan undian. kalau penyelaras tidak setuju atau tidak suka, undian boleh dijalankan semua. tidaklah saya ini di caci olehnya. saya tidak tahu dimana salah saya, apa yang saya tahu segala kerja yang diberikan saya jalankan atas dasar tanggungjawab. lambat atau cepat kerja itu bergantung pada keadaan kerana saya bukan hanya mengambil subjeknya sahaja, banyak lagi kerja lain yang perlu dibereskan. Kalaulah anda berada di tempat saya, apakah tindakan yang anda akan lakukan?. ikutkan hati memang saya dah tidak boleh bersabar, tapi atas dorongan rakan-rakan saya masih lagi "berdiri",sedia dicaci, ditengking dan saya mengangap itu salah satu lumrah hidup dan kenangan ketika di kampus upm dan mengambilnya sebagai satu cabaran untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.
situasi 1- pada suatu hari, saya ke bilik beliau dan apabila masuk dia bertanyakan adakah saya menyimpan nombor telefon senior saya dan saya hanya menjawap ada. selepas itu dia menyuruh saya menelefon senior tersebut untuk meminta nombor kad pengenalan kerana ada salah seorang daripada senior tidak menulis nombor kad pengenalan. selepas itu saya ingin menyatakan bahawa senior tersebut telah drop subjek beliau, tidak sempat habis bercakap beliau telah menengking saya dengan kuat. disitu saya mula terfikir adakah beliau ini tidak boleh menerima pendapat atau pandangan orang lain. pada pandangan anda salah siapa??
situasi 2- semasa cuti mid sem yang lalu, saya terpaksa pulang ke kampung kerana ingin menyiapkan kerja lapangan yang diberikan oleh DR.K dimana saya dan ahli kumpulan saya diarahkan membuat temubual secara langsung dengan tokoh persatuan penulis yang ada di tanah air. kami telah memilih Persatuan Penulis Kelantan sebagai kajian untuk menyiapkan tugasan itu. semasa di kampung saya dihubungi oleh pegawai daripada bahagian komunikasi koprat menyatakan surat yang dihantar ke bahagian tersebut untuk memohon sumbangan cenderamata ditolak kerana ada sedikit kekurangan dimana kertas kerja yang dihantar tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki dan meminta saya untuk mengimelkan kepadanya. saya menghubungi setiusaha untuk meminta bahagian yang tidak lengkap tetapi tiada salinan oleh itu saya terpaksa menhubungi pensyarah tersebut untuk meminta salinan dan beliau memarahi saya,dia menyatakan surat yang dihantar sudah lengkap walhal tidak. beliau juga seorang yang pelupa dan cepat melenting.
No comments:
Post a Comment