Friday, January 14, 2011

dilema antara pembangunan dan peradaban,serta kebudayaan orang asli





Pembangunan amat penting kepada setiap sesebuah negara..tiadanya pembangunan menyebabkan sesebuah negara itu dianggap mundur dan ketinggalan  zaman, dengan pembangunan juga negara akan mengekses atau mempertingkatkan tahap ekonomi negara,baik dari segi industri berat,sederhana dan IKS. jika berbicara tentang peradaban, kita tidak dapat tidak akan berbicara tentang kebudayaan sesuatu bangsa, etnik, atau suatu kumpulan. kebudayaan dapat di intepretasikan sebagai satu adat,amalan sesuatu etnik. negara malaysia merupakan satu negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik atau dikenali juga sebagai bermasyarakat majmuk. di malaysia pembangunan amat ditekankan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.ini menyebabkan seluruh pelusuk negara tidak kira dimana, kerajaan cuba sedaya upaya untuk membangunkan golongan berpendapatan rendah ke tahap yang lebih maju. ini secara tidak langsung golongan orang asli juga turut terlibat. jika kita lihat golongan orang asli pada masa kini jauh lebih maju daripada zaman-zaman sebelum ini. mereka tidak lagi berpakaian "cawat". cawat kini sudah tidak dipakai lagi oleh orang asli, mereka sudah berpakaian lengkap seperti baju dan seluar. malah orang asli pada masa kini sudah mempunyai kenderaan sendiri tidak kira motosikal mahupun kereta. dalam usaha kerajaan untuk membangunkan golongan luar bnadar khususnya orang asli, banyak peruntukan yang telah disalurkan, untuk pelbagai kegiatan contohnya pembinaan rumah batu (pprt),saluran elektrik ke setiap kampung orang asli dan banyak lagi. sehinggakan generasi orang asli pada masa kini juga telah sudah tidak mengenali atau mengamalkan peradaban mereka yang sebenar. sebagai contoh rumah yang diperbuat daripada buluh, kayu dan rotan sudah hampir pupus. jika ada pun hanya untuk hiasan atau pameran kepada pelancong semata-mata. saya ingin berkongsi pendapat sedikit dengan anda, saya ada pengalaman melawat  ke kampung orang asli di Kuala Gandar, Pahang. apabila sampai saya tidak dapat rasa keadaan sebenar berada di perkampungan orang asli, ini kerana perkampungan orang asli kini sudah jadi macam perkampungan orang melayu biasa. anda bayangkanlah orang asli pada masa kini sudah mempunyai astro!!! sunguh menakjukkan bagi saya. bukan saya menentang pembangunan, tapi daripada pemerhatian saya dengan pembangunan yang pesat telah melupuskan peradaban, kebudayaan yang mereka miliki selama ini..orang asli yang sebenar telah lupus dan diganti dengan orang asli "moden".

No comments:

Post a Comment