Malam Tradisi Sastera Rakyat ke 26, tidak akan pernah aku lupakan. kenangan pahit dan manis aku lalui, bersama dengan teman-teman baru dan lama. Pelbagai cabaran dan dugaan aku tempuhi, kini baru aku tahu di sebalik kejayaan pementasan sesebuah persembahan teater bukannya sesuatu yang mudah dan senang. Mungkin bagi mereka yang tidak pernah berlakon, tidak pernah menguruskan sesuatu organisasi, mereka hanya memadang rendah dan remeh terhadap kerja-kerja yang dijalankan. Malah mereka merendahkan kerja-kerja yang dilakukan, dengan mengatakan orang-orang berpangkat besar tidak buat kerja, hanya duduk goyang kaki. Sedang mereka tidak tahu bahawa tugas yang digalas oleh mereka yang berpangkat besar lebih berat daripada kerja-kerja yang mereka lakukan. Mungkin secara live mereka yang berpangkat tidak mengangkat kerusi, meja, barang-barang yang lain tapi jika dilihat dari sudut lain mereka yang berpangkat lebih berat daripada itu sebenarnya. Cuma bagi yang tidak sedar sahaja yang mengatakan sedemikian. Kita lihat tugas yang digalas oleh pengerusi sesuatu organisasi, saya tidak mahu pergi lebih jauh hanya ingin mengambil contoh diri saya sendiri, saya selaku pengerusi pementasan Malam Tradisi Sastera Rakyat ke-26.
Tugas yang saya galas amat berat, saya ibarat orang tengah. Arahan yang diberikan oleh penyelaras harus saya sampaikan kepada anak-anak buah, dan bila saya sampaikan kepada mereka, mereka mengatakan saya mengarah dan jika saya tidak sampaikan kepada mereka, saya yang harus tanggung semua itu. Tidak dinafikan apabila kita ataupun seseorang itu memegang pangkat yang lebih tinggi dalam sesuatu organisasi, ada orang yang menyokong kerja yang kita lakukan dan ada yang tidak, sebaliknya mereka memandang rendah, dan mengata dibelakang, biasanya kerja kata-mengata ini adalah kerja wanita. Kini barulah saya tahu dan faham tidak semua manusia yang memerintah akan disukai oleh rakyatnya, dan tidak hairanlah jika pemerintah negara kita sendiri pun, ada rakyat yang suka dan tidak suka dengan cara beliau bekerja. saya tidak berniat untuk berpolitik, cuma mahu memberi gambaran secara mudah kepada pembaca blog saya.
MTSR akan menjadi ingatan kepada saya sampai bila-bila. Saya tidak menyimpan dendam kepada mereka yang mengata atau tidak suka dengan cara saya bekerja. Bagi saya, saya akan ambil itu sebagai satu pengajaran untuk saya memperbaiki kesalahan dan kekurangan diri. Apa yang penting adalah kerjasama dalam satu kumpulan, masalah akan timbul dalam perjalanan kita mencari ilmu tapi cara kita menyelesaikannya dan menangani masalah itu menampakkan kita kanak-kanak atau dewasa. Pementasan teater Legenda Tok Kelembai di katakan begitu mantap dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada pementasan yang lepas. terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pementasan "Legenda Tok Kelembai".............:)
No comments:
Post a Comment