"Bila seseorang melakukan kesalahan, dan dia tidak memperbetulkan kesalahan itu, dia telah melakukan kesalahan sekali lagi"
Monday, January 10, 2011
Perginya Seorang Lelaki
Dalam mengecapi dan meraikan kenangan manis dalam hidup, manusia tidak dapat lari daripada mengalami,melalui pahit getir dalam kehidupan..pengalaman pahit yang datang dalam hidup kita bukan untuk kita hidup bersedih, meratap kekecewaan sebalik nya ada hikmah disebalik peristiwa itu..sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada umat Nya. sebenarnya pengalaman pahit merupakan guru dalam konsep kehidupan kita..kita akan menjadi lebih kuat, berani, sabar dalam menghadapi lambugan ombak nanti.. pengalaman pahit mengajar kita erti kehidupan sebenar..dimana kita diuji dengan berbagai ranjau, masalah kehidupan, konflik keluarga..itu sebenarnya satu ujian yang harus kita lalui dimana kita melalui proses kematangan. pengalaman paling pahit yang pernah aku lalui dalam hidup aku apabila aku kehilangan seorang ketua keluarga. kamu semua bayangkan masa itu kami sekeluarga tiada tempat bergantung harap..ibu aku tidak pernah bekerja,dalam masa yang sama ibu aku terpaksa memelihara enam orang anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.kamu semua bayangkan lah bertapa sedih nya hati seorang wanita apabila kehilangan tempat bergantung harap, perginya seorang lelaki yang bergelar suami...Allahuakhbar!!subhanallah Maha Suci Allah..aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, tapi aku bangga kerana mempunyai seorang ibu yang tabah, sabar, baik..dialah ibu,dialah ayah..dia bekerja siang dan malam untuk membesarkan kami, semua kerja telah dia lalukan, tidak kira walaupun itu kerja lelaki..jatuh air mata seorang anak apabila melihat letihnya seorang wanita membesarkan anak tanpa seorang suami. kini aku telah dewasa, berpelajaran, dan telah mengambil tangungjawap yang selama ini ditinggalkan selama lima belas tahun..ma jae da besar panjang,jae xnak lagi ma bekerja untuk kami anak-anak..sebaliknya kamilah yang harus menjaga ma..anak-anak ma dah besar ma,xde lagi orang akan buli keluarga kita ma,itu janji jae!!jae gak janji, jika di izinkan Allah dan dimurahkan rezeki, jae kan bawa ma gi Tanah Suci..semoga Allah makbulkan doa seorang anak untuk ibunya..bagi korang yang masih ada ibu dan ayah jagalah mereka sebaiknya..jangan lukakan hati mereka, umur mereka makin lama makin singkat, apa salahnya kita bekorban untuk mereka..jangan sampai mereka tiada lagi baru kita nak meratap dan menyesal..sementara masih diberi peluang berbaktilah..11 januari 1996, gugurnya seorang lelaki yang bernama suami, hilangnya seorang lelaki yang bergelar seorang ayah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dilkalangan orang yang beriman...amin!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment