Thursday, October 17, 2013

KENALI DIRI, UBAH PERSEPSI

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkan kesalahan itu, dia telah melakukan satu kesalahan lagi"-Confucius

Cantik ayat pepatah melayu " pengalaman merupakan guru yang paling setia pada diri".
...pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran..pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati...
Pernahkah anda mendengar petikan di atas?, ia merupakan rangkap sebuah lagu, wowww..menarik, sebab lagu ni admin minat!!

Cuba anda berdiri di depan sebuah cermin, tanya diri anda, siapa yang melihat dan siapa yang dilihat!! tanya lagi siapa aku, dan semestinya cermin tidak pernah menipu..

"Salah satu faktor kenapa anak-anak melayu gagal menempatkan diri dalam kalangan orang berjaya berpunca daripada mereka lari daripada masalah, tidak mahu menghadap masalah itu yang sebenarnya pengalaman untuk mereka" Halim Yazid.

Dalam kehidupan tiada seorang pun dapat lari daripada melakukan kesalahan atau kesilapan, tidak kiralah ianya satu kesalahan kecil atau kesalahan yang besar. Ramai yang sedar mereka telah melakukan kesalahan, namun tidak cuba untuk memperbaikinya, malahan lari dari apa yang telah dilakukannya itu, tidak mahu bertanggungjawab, bersikap lepas tangan. Kesannya, mereka telah rugi satu peluang dalam hidup, iaitu pengalaman.

Kita seringkali menyalahkan orang lain apabila berlakunya kegagalan, sedangkan diri yang tidak mahu berubah membetulkan kegagalan itu. Jika usaha anda biasa sahaja, maka hasilnya hari ini adalah biasa, dan jika anda usahakan dengan cara luar biasa maka hasilnya pasti luar biasa. Titik tolak bermula pada diri anda sendiri. Musuh yang paling bahaya untuk memusnahkan hidup anda adalah diri anda sendiri.

Seringkali kita kecewa apabila usaha yang kita lakukan menemui jalan kegagalan, kekecewaan pasti membalut perasaan, putus asa pasti datang berteman. Sedar atau tidak biar pun tidak memperoleh kejayaan itu, kita telah memperoleh ilmu semasa perjalanan mengejar kejayaan. Ilmu bukan satu bebanan, tapi platform untuk kita bangun semula, dengan kata lain ia sebagai pembakar semangat, serta yang paling penting adalah pengalaman, sesudah anda jatuh sudah pastinya anda tidak mahu jatuh lagi, bangun dan teruskan impian.

Merenung Seketika

kita sebagai ummat islam pastinya rasa bersyukur dengan apa yang diberikan Ilahi, kenapa perlu meratapi kegagalan? bukankah kegagalan itu adalah ujian, dan bukankah ujian itu jambatan untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t?. Jadi kenapa perlu meratapinya, jadikan ia sebagai motivasi pembakar semangat diri.  Meratapi sesuatu yang telah hilang bukan jalan terbaik untuk memperbaiki diri, kembalilah pada Sang Pencipta. Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehinggakan anda lupa mensyukuri apa yang telah ada di hadapan anda. Padahal anda masih memiliki secuit ilmu untuk anda bangun semula. Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya!!

Ramai orang yang hebat, dengan bangganya mempamerkan keangkuhan diri, kesombonggan, riak, takabur dan sebagainya. Sombong dengan apa yang anda miliki sama seperti anda sombong dengan nikmat pinjaman Allah s.w.t. Berapa ramai kalangan orang-orang berjaya/kaya, apabila bisnes jatuh, mereka mula meratapinya, meroyan tak tentu pasal, gila, dan bunuh diri. Kenapa mereka tidak bangun semula seperti mereka pernah lakukan dahulu? adakah kerana mereka-mereka ini tidak pernah mengenal erti gagal, lalu mereka tidak tahu apa itu makna gagal. Maka beruntunglah anda dengan kegagalan yang pernah anda lalui, pasti menjadi panduan untuk hari depan kelak.

Yang Lepas, Biarkan Ianya Berlalu

Esok adalah angan-angan, semalam adalah kenangan dan hari ini dalam genggaman. Usah menunggu hari esok kerana ia belum pasti milik anda, usah diburu peristiwa semalam kerana ia adalah kenangan, hari ini, ya hari ini adalah hidup anda, mulalah langkah pertama hari ini, kerana ia menentukan masa depan anda. ramai kalangan kita seringkali diburu masa lalu, kemudian mereka bersedih atas kegagalan yang pernah mereka lalui, kenapa perlu hadirkan kembali masa lalu dalam hidup anda hari ini? bukankah ia akan membunuh semangat dan harapan anda?.


 p/s: admin menulis semua ini untuk diri admin bangun semula, ia merupakan pembakar semangat untuk admin teruskan cita-cita. Jika tulisan ini terbaik untuk anda, ambillah ia sebagai motivasi untuk anda mengejar kejayaan. Semestinya kejayaan itu subjektif maknanya kan? orang lain tidak boleh mengukur kejayaan diri kita, hanya kita yang mampu mengukur setakat mana kita telah berjaya. Oleh itu, orang lain tidak tahu apa yang kita ada, hanya kita yang tahu apa yang kita ada.

-tok uban-
17 Oktober 2013