gambar kenangan semasa di BAC kampus PJ |
Program ini merupakan anjuran julung kali diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi. Dengan slogan "Pendidikan Untuk Semua" sejajar dengan keperluan negara untuk meningkatkan tahap pendidikan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah yang akan 'berperang' September nanti. Selaku Fasilitator program tersebut, saya berharap program seperti ini akan terus dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas tuisyen berbayar selaras dengan slogan yang diketengahkan. Seharusnya program seperti ini, perlu direbut oleh bakal-bakal calon untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Walaupun di sekolah calon telah mendapat pendedahan dari guru-guru, namun apa salahnya calon cuba untuk menerima kaedah yang baru walaupun subjeknya adalah sama. Mungkin juga teknik-teknik yang diberikan dapat membantu calon untuk menjawap kertas SPM nanti. Setiap tenaga pengajar yang di jemput mempunyai ciri-ciri keistimewaan latar belakang yang cukup produktif, antaranya tokoh guru cemerlang. Pelbagai teknik dan kaedah diajar untuk memudahkan calon menjawab dengan betul dan tepat selaras dengan tuntutan soalan. Justeru, pelajar seharusnya merebut peluang yang diberikan untuk mempersiapkan diri serta mendapatkan pelbagai teknik menjawab agar SPM yang akan datang dapat diatasi dengan jayanya. Antara subjek yang telah diberikan penekanan seperti Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Perakaunan, Perdagangan, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, dan Sejarah. Namun saya masih tertanya-tanya dimana lagikah subjek-subjek lain, antaranya Pendidikan Islam, Kesusasteraan Melayu, Sains, Pendidikan Seni, Lukisan Kejuruteraan. Mungkinkah subjek-subjek ini didiskriminasikan? mungkin juga tuntutan masa dan kos yang tinggi menyebabkan subjek-subjek ini tidak dianjurkan dalam seminar tersebut. Apa pun, ini merupakan percubaan yang bagus untuk memberikan pendidikan percuma kepada anak bangsa.
Saya berharap penganjuran seminar seperti ini akan terus dijalankan ke pelusuk negeri bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengambil kelas tuisyen berbayar.
Melalui penelitian saya, dengan kehadiran dan sambutan yang menggalakkan memberi isyarat bahawa masyarakat kita semakin bersedia untuk menimba ilmu, ini dapat dilihat melalui kehadiran pelajar dari pelbagai sekolah dan tempat, dari jauh datang bertandang semata-mata mencari 'resepi' untuk mengadap SPM nanti. Tidak lupa juga ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Mereka berusaha mencari tuisyen untuk anak-anak dan ada yang sanggup menghantar dan menunggu anak-anak mereka, hanya kerana ingin melihat anak mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Syabas dan tahniah buat mereka. Ini menunjukkan Malaysia kini sedang memacu ke arah pembangunan pendidikan untuk melahirkan generasi yang berilmu.
-tok uban-
9/10/2013
No comments:
Post a Comment