FROM GOOGLE |
Admin ada terbaca petikan ayat ini, tapi lupa di mana,
“
jangan salahkan keadaan dan situasi, mahupun seseorang, kalau diri sendiri yang
tiada sengaja memberi peluang dan ruang untuk seseorang mendekati kita”.
Kita
sering kali menyalahkan keadaan dalam sesuatu kejadian, walhal kita sendiri yang
tidak memberi peluang untuk seseorang. Kita sering
kali menyalahkan seseorang, kerana mendekati kita, sedangkan kita lupa kita
yang membuka ruang untuknya. Kita seringkali salahkan seseorang kerana meninggalkan kita, sedangkan kita lupa dia bukan terbaik untuk kita. Kita seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita melupai yang telah ada.
wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu dari kamus hidupku seperti tenggelamnya matahari ditelan gelap malam. aku tidak akan pernah menangisi pemergiaanmu itu dan tidak aku termenung sedetik pun untuk mengingatimu lagi. Kau telah pergi, tinggalkan aku dengan sekujur tubuh kelesuan, tak mungkin kau kembali lagi. Menggambarkan mu kembali adalah satu kesedihan bagiku.
wahai masa depan, engkau masih dalam angan-angan, masih dalam keghaiban!! seharusnya aku tidak perlu menjual diri mengharapkan masa yang akan datang, aku tidak mungkin bermain dengan bayang-bayang, memburu sesuatu yang belum tentu. esok mungkin tiada apa-apa, kerana ia masih belum diciptakan untuk ku.
ini adalah hari realiti bagiku, hari ini!!, jam ini!!, minit ini!!, saat ini!!, aku merasainya, lalu aku cuba lukiskan kehidupan yang indah dan menyenangkan.
-tokuban-
13 September 2013
Jumaat
No comments:
Post a Comment