from google |
Entry kali ini admin nak kongsikan sedikit cerita masa balik beraya di kampung, sangatlah meriah sehinggakan tak sempat duduk dirumah, maklumlah kenduri banyak. Raya ketiga, sepupu arwah abah admin kahwin, jadi admin menyebukkan dirilah..pagi kenduri kami ada buat gotong royong melapah daging, masa tu admin terjumpa salah seorang kawan kepada arwah abah, kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk menjejaki kawan-kawan arwah abah. Ketika duduk bersembang di kerusi bawah kemah, lalu dia melontarkan sepotong ayat untuk admin. " semakin kita dekat dengan Allah s.w.t, kita akan merasakan masa yang berjalan itu sangat singkat" ujarnya. admin tergamam mendengarnya, lalu terlintas pula dibenak fikiran admin "ya, separuh dari kehidupan kamu, sebenarnya kamu telah mati". Kata-kata itu hanya terdetik didalam hati sahaja, mulut seolah-olah berat untuk melontarkannya. Apa pun itu merupakan sepotong ayat yang berharga bagi saya. semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan kepadanya, sama-samalah kita mendoakannya. Beliau merupakan bekas pelajar Pondok Lubuk Tapah. Konklusinya, bagaimana kita mengemudi waktu yang kita miliki, waktu adalah pinjaman, walaupun jam sentiasa berputar namun waktu untuk diri kita belum tentu panjang. Pimpinlah waktu seperti waktu itu kekasih kamu, kerana waktu akan berhenti bila kamu tiada lagi. Tidak mungkin kamu dapat memberhentikan waktu terus berjalan, dan tidak mungkin waktu dapat memberikan kamu sesuatu,tapi kamu boleh menggunakan waktu yang ada untuk cari sesuatu.
-tokuban-
28/8/2013
No comments:
Post a Comment