|
from google |
Assalamualaikum semua..24 Ogos 2013, kali kedua admin merasainya..tak terduga, tidak dijangka, hanya kalimah syukur menyelubungi hati sanubari..Allahuakhbar!!masih diberikan pinjaman masa dari Yang Maha Agung. Hidup ibarat seutas tasbih, bermula pada titik yang sama, dan berakhir pada noktah yang satu. syukur alhamdulillah kemalangan yang menimpa admin tidak teruk, cuma luka biasa. Selepas kemalangan, admin dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Alhamdulillah admin semakin sembuh, cuma tangan kiri saja tidak mampu diangkat, Mungkin hentakkan kuat masa jatuh. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu masa itu, dan terima kasih juga untuk masyarakat sekeliling yang sudi hulurkan bantuan. Dah jadi satu fitrah, bila kita yang sering beringat orang lain pula yang langgar, nak buat macam mana kan. Takdir dari Ilahi. Apa pun admin tidak mengalami kecederaan serius. Thanks kepada rakan kenalan yang sudi mendoakan kesihatan saya. Kali pertama admin melalui detik ini pada tahun 2008, apabila dilanggar oleh sebuah kereta, masa tu admin akan menempuh peperiksaan STPM yang tinggal hanya sebulan saja. kecederaan boleh dikatakan teruk juga, tapi nasib tidak berlaku keretakkan, atau patah tulang, tapi kesannya boleh rasa sampai hari ini, mungkin disebabkan hentakkan yang kuat sampai sekarang admin menanggung sakit tulang punggung dan tulang belakang..rakan yang budiman, doakan kesihatan saya ye..
-tokuban-
26/8/2013
No comments:
Post a Comment