Friday, August 2, 2013

CELOTEH PAGI

Google photo
Assalamualaikum semua! harap-harap kalian dalam keadaan sihat walafiat. Sedar atau tidak kita sekarang sudah berapa di penghujung Ramadhan. Cepatnya masa pergi tinggalkan kita kan?. Sebelum terlambat admin nak ucapkan salam Jumaat, ini merupakan Jumaat yang terakhir di bulan Ramadhan, Jumaat yang akan datang dah masuk dua Syawal. Nampaknya semua dah excited nak sambut syawal, rasa-rasanya hati kalian dah tak sabar nak menjejak kampung halaman, maklumlah rata-rata kita semua pengembara termasuk admin. Insya-Allah admin akan balik ke bumi kelahiran, Kelantan pada 4 haribulan. Opss!! mesti ramai lagi yang tak tahu latar belakang admin kan?OK kita share sama-sama ye..

Nama: Muhammad Afzan Bin Ismail
T/Lahir: 1 Januari 1989
I/C: 890101-03- ....
Umur: 24
Asal : Kampung Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan
Bil. Adik- beradik: 6 orang (anak sulung lelaki)
Pendidikan: SK Tok Uban, SMK Tok Uban, SMK Kangkong, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Untuk berhubung: Facebook: Muhammad Afzan Ismail (Tok Uban), Twitter: Afzan Ismail, Emel: afzan554@gmail.com (nanti add la ye..)

Sebelum terlambat, admin dengan rendah diri menyusun sepuluh jari, jika dalam penulisan admin terkilaf bahasa, terkasar kata, terlanjur makna dan seumpama dengannya, almaklumlah admin rakyat jelata, orang biasa, manusia hina. Jadi di kesempatan syawal yang bakal berkunjung tiba, dengan hati penuh ikhlas, memohon kemaafan daripada kalian. Terima kasih kepada kalian yang sudi berkunjung ke blog admin yang tak seberapa ni, kehadiran anda pembakar semangat untuk admin terus menulis, Insya-Allah.

Kepada perantau-perantau yang akan pulang berhari raya nanti, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, yang mana pandu kereta, pandulah dengan berhati-hati, kepada mereka yang balik kampung menaiki pengangkutan awam, dapatkan tiket awal-awal, takut nanti habis pulak!!. Untuk kawan-kawan  nun jauh di seberang laut, Sabah dan Sarawak, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. "perjalanan jauh tak ku rasa, deru angin pun melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata" sambung sendiri.......) (betul ke aku nyayi tu?)hahahaha..

#SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR&BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM#

-tokuban-
2 Ogos 2012



No comments:

Post a Comment