Friday, August 2, 2013

HAMPIR DUA MINGGU BERTARUNG NYAWA DI HUSM AKHIRNYA PERGI JUA

Google photo
Innalillah hiwainna ilaihirajiun.. Assalamualaikum semua!! Pertama-tama kalinya admin kirimkan salam takziah kepada kawan admin, Siti Farhah dan abangnya Mohd Faiz seterusnya kepada keluarga  atas pemergian adiknya tercinta, Mohd Fadhil mengadap Ilahi pada hari ini. Subhanallah, maha suci Allah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan bertakwa, tambahan hari pemergiannya jatuh pada hari Jumaat. Setelah hampir dua minggu bertarung nyawa selepas kejadian kemalangan yang trajis di lebuh raya Tanah Merah- Pasir Mas, membabitkan sebuah kereta kancil dan sebuah triton. Akhirnya Fadhil menghembuskan nafas terakhir di saat-saat penghujung ramadhan. Sebelum itu, tiga orang kawan karib telah pun di jemput Ilahi pada hari kejadian dan kesokan harinya.

Mengimbau kembali tentang kejadian itu amat memilukan, kemalangan yang telah meragut empat nyawa daripada lima orang sahabat. Kalau mengikut akhbar, kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta kancil, kerana memasuki laluan bertentangan, mengikut sumber dan cerita yang admin dapat Triton itu yang masuk ke laluan mereka . Entahlah dunia sekarang, boleh dibeli dengan duit agaknya, boleh putar belit cerita, yang salah jadi betul, yang betul jadi salah. Mungkin sudah sampai ajal mereka, tapi tolonglah berperikemanusiaan, ini melibatkan nyawa. Yang tinggal sekarang Sarji, dikhabarkan beliau semakin pulih. Alhamdulillah!!

Pemergian di saat lebaran berkunjung datang sungguh memeritkan, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya linangan air mata  membuktikan segalanya. Terima kasih Farhah, walaupun dalam kesedihan sempat kirimkan info untuk admin yang jauh ini.

No comments:

Post a Comment