Ini adalah kehidupan saya, jalan-jalan yang saya lalui dari kecil sampailah sekarang. Banyak pengalaman dan erti kehidupan yang telah saya tempuh. Pengalaman merupakan guru yang setia mengajar kita untuk menjalani kehidupan. Kisah suka duka, pahit manis, takkala kegembiraan dan kesedihan, susah senang, itulah saya dan inilah kehidupan saya. Saya bukanlah seorang penulis yang bijaksana, saya bukanlah seorang insan yang sempurna, saya juga bukanlah tokoh yang bijak dalam berkata-kata. Bak kata orang "aku hanya insan biasa, yang tidak punya apa-apa". Yang ada cuma harga diri dan secebis ilmu didada, untuk mencorak masa depan yang selesa. Dari desa aku ke kota, tinggalkan semua keluarga tercinta, bapa tercinta 17 tahun dipusara, belasan tahun umurnya masih muda, itulah aku harapan keluarga. selepas SPM sudah berkelana, ingin mengejar kehidupan yang lebih selesa, sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga, bayangkan aku tidak punya sesiapa, berserah pada yang Esa. perit lelah tidak terkira, menjadi pekerja biasa, bergaji Rm 750 bagiku besar nilainya. Beberapa bulan bekerja, panggilan diterima dari ibu tercinta, disuruhnya pulang sambung pelajaran ke tingkatan 6, katanya dia ingin melihat salah seorang anaknya melanjutkan pelajaran ke universiti, aku terima dengan hati terbuka, itulah permintaan dari seorang bonda, tiada apa yang paling mengembirakan selain memenuhi permintaannya. aku pulang dengan penuh harapan untuk tunaikan satu permintaan. Masa di tingkatan 6 aku boleh dikatakan 'low class' bagi cikgu-cikgu di sekolah tu, siapalah aku, hanya pelajar biasa. Dalam masa yang sama aku difitnah oleh cikgu sendiri, dan sering menyindir aku, tapi aku terima dengan hati terbuka, aku tak malu pun dengan fitnah yang beliau buat. Semoga fitnah yang dia umumkan dekat perhimpunan pelajar itu menjadi kenyataan. Selepas tamat tingkatan 6, sementara menunggu keputusan STPM, aku ke Kuala Lumpur sekali lagi, dan bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel terkenal di Petaling Jaya (Hotel Saujana). Banyak pengalaman yang aku timba, bagaimana rasa melayan kerenah orang kaya di Kuala Lumpur, sangat terasa diri ini hina. Mereka tak pandang pun kita, segolongan kecil sahaja yang bertimbang rasa. Mereka pandang kita sebelah mata, itupun kalau nak pandang sebelah mata, ada juga yang tak pandang pun kita. Allhamdulillah STPM aku dapat keputusan boleh dikatakan cermelang, dapat pelajar terbaik lelaki, masa buka keputusan, Tuhan sahaja yang tahu, bagaimana gembiranya aku, terus aku bayangkan perasaan bonda di rumah. Penat lelah di membanting tulang menjaga anak selepas kematian suami semacam terbalas dengan keputusan yang aku dapat. Cikgu-cikgu semuanya ucap tahniah, terus aku pergi dekat dengan cikgu yang buat fitnah tu, aku letak keputusan depan mata dia, dia cakap 'tahniah awak'. Sebenarnya aku nak sindir dia, anak didik yang dia puji dan sanjung selama ini kemana, semuanya dapat keputusan 2.9 kebawah. Semasa di sekolah menengah, dari tahun 2002 hingga 2006, aku boleh dikatakan nakal jugak la, dari tingkatan satu sampai tingkatan 3, rasanya tak lebih 5 kali aku masuk perhimpunan pagi, pergi sekolah pun pukul 9, paling awal pukul 8.30, turun dari rumah memang pukul 7, lepak dengan kawan sampai pukul 9, lepas tu baru masuk sekolah. Nama aku boleh dikatakan meletup jugak la di sekolah tu, hero sekolah. Paling manisnya, aku ponteng tak pernah kena tangkap. Pertengahan tahun masa tingkatan 3 aku terus berubah, jadi murid yang baik, tak ponteng, tak gaduh, tapi orang selalu je cari gaduh dengan aku. Masa itu jugalah aku di lantik pengawas perpustakaan, bahagian disiplin pula sibuk suruh aku jadi pengawas sekolah, sampai berselisih faham cikgu-cikgu perpustakaan dengan bahagian disiplin nak ambil aku, hmmm top jugak la aku ni, sampai ke bahagian pentadbiran panggil aku, siap kena bagi ceramah lagi kat pengetua. jadi aku tak tahu nak pilih yang mana satu. akhirnya aku pilih untuk jadi pengawas perpustakaan. Tingkatan 4 aku timbalan ketua, masuk tingkatan 5 da jadi ketua pengawas perpustakaan, boleh katakan aku ini pegang dua-dua jawatan, ketua pengawas sekolah dan ketua pengawas perpustakaan, jadi bos besar dalam sekolah tu, mungkin sebab aku nakal sebelum tu, dan ramai pengikut kot.jadi cikgu disiplin ambil aku untuk kawal budak-budak nakal ni. tingkatan 5 perangai lama berulang lagi, tapi kali ni jadi mat rempit pulak.
*nanti sambung balik cerita aku ni, panjang kalau nak kongsikan, sampai jatuh air mata, boleh buat novel dua buah kot..kisah lepas kematian ayah, cukup-cukup terasa sampai ke hari ini, bagaimana keluarga sendiri tak boleh terima, pernah korang rasa bagaimana nenek halau satu keluarga?pernah korang rasa berpindah hampir 10 kali, dan pernah korang rasa bercinta 10 tahun?
No comments:
Post a Comment