Putrajaya aku datang!!
jom-jom..sapa nak ikut ke putrajaya, kita pergi naik belon udara yang tengah hot sekarang ni..waaaacaaaa..tunggu-tunggu aku datang. dengan sape?ce teka..hahaha, semestinya dengan ???????..cehhh..nak berahsia la pulak, dah satu dunia tahu apa nak sorok lagi kan? so dah tahu tak perlu rasanya aku bagitahu.. tak tahu la dapat ke tak naik belon tu, rasanya ramai yang menunggu, terbaca dalam paper, orang berduyun-duyun, sampai tunggu tengah embun pun ada..adesss..macam mana yerr. sabor je laa. bukan nye nak naik sangat pun, saje nak pergi pusing-pusing dengan miniey afniey..haaaaaa.. kan dah terkeluar name dia tu..tapi kalau berkesempatan naik tu, semestinya tak mahu lepaskan peluang.cehhhhh!katanye my mum nak datang sini, tapi tak tahu la jadi ke tak, kalau jadi angkut sekali dengan my mum & bakal menantunye ke putrajaya..my bro ijak pun nak ikut sekali, hmmm..boleh je, kite kasi gegar putrajaya tuu..]
p/s: entry kali ini menggunakan bahasa rojak, kepada rakan-rakan bahasa, jangan marah ye..hehehe,
saja je kan nak jadi perosak bahasa, aku ada terbaca satu petikan menyatakan "takkan maju sesebuah negara jika bahasanya sendiri masih mundur". Bukan untuk menunding jari mencari kesalahan sesiapa, namun kita sebagai masyarakat dan rakyat Malaysia semestinya berbangga dengan bahasa kita. Saya faham anda fasih Berhasa Inggeris, tapi takkan lah dengan mak cik yang jual nasi lemak pun nak berbahasa Inggeris. Bukan rakyat sahaja mengalami sindrom ini, malah lebih memalukan lagi pemimpin sendiri yang melaungkan "Sayangi Bahasa Kita" namun, terjerumus dalam masalah ini. Persoalan yang timbul sampai bila kita nak mengagungkan bahasa asing dibumi sendiri?. Nenek saya cakap " anak kera dihutan disusui, anak sendiri mati kelaparan". Tidak salah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tapi ianya perlu dilihat pada situasi, tidak salah dan tidak jatuh kepada hukum dosa belajar bahasa asing, malah ia digalakkan, tapi janganlah bahasa sendiri dipinggir dan dianaktirikan. Kepada pemimpin yang ku sayangi, sanyangilah bahasa kita, jangan hanya pandai bercakap namun tidak mempraktikkannya, seharusnya sebelum menegur kesalahan orang lain, kita perlu memperbaiki diri, dan mempersipkan diri untuk bersama-sama memperbaiki mentaliti masyarakat Malaysia yang kini lebih memandang barat sebagai ikutan, bukan sahaja dari segi bahasa malah hampir semua berkenaan dengan kehidupan seharian.
Sebut pasal Putrajaya, terlintas pula dalam benak fikiran tentang perebutan tahta pembesar negara, siapakah yang akan 'mendiami' Putrajaya akan datang. Sama-samalah kita nantikan, sama ada kekal dengan yang sedia ada ataupun bertukar. Segala keputusan terletak pada tangan anda, anda yang menentukan hala tuju negara selepas ini, mereka hanya mendapat mandat untuk menjalankan tugas sahaja, jadi buatlah keputusan yang terbaik. Janganlah kita berselisih faham sesama kaum hanya berbeda parti politik. Tidak salah berpolitik, tapi janganlah terlalu taksub. Syurga hanya satu, tidak kemana kita jika hanya mencari salah, sebaliknya bersama-samalah memperbetulkan apa yang telah salah..
No comments:
Post a Comment