this is my mum, love you forever mum!! |
Dalam gelap malam, dikelilingi kabus suram, si anak meraba
dalam gelap mencari pegangan hidup, antara yang haq dan yang batil. Di saat
itu, ibu datang, memegang dan memimpin anaknya ke jalan yang terang, lalu anak
berkata “terima kasih ibu kerana memimpin aku ke jalan yang tenang”. lalu ibu
bermonolog sendirian, “siapakah yang akan memimpin anak-ku bila aku sudah tiada?”. Malam
melabuhkan tirainya, siang pula menjelma. Matahari menyinari semesta alam,
tiada lagi kabus yang suram, tiada lagi jalan-jalan gelap seperti semalam, doa
si ibu kepada tuhan “ya Allah tiada hadiah yang paling bernilai engkau berikan,
melainkan menjadi seorang ibu, tiada kegembiraan hati seorang wanita apabila
dapat mengurniakan seorang zuriat kepada suaminya, dan tiada penyesalan dalam
hati, selain ingin melihat anaknya berjaya dan beramal soleh”. Si anak bangun
dapatkan ibunya, lalu berkata “ibu, tiada kebahagiaan yang kami dapat rasa,
selain ingin melihat ibu bahagia, tiada ibu, tiadalah kami di dunia. Mereka
berjalan dikelilingi awan hitam, si anak tiada berdaya meneruskan perjalanan,
rebah tersungkur dalam kejahatan, lalu masa itu ibu datang, memberi semangat
dan dorongan, untuk teruskan perjalanan dengan memberikan sekebal ayat-ayat
Al-Quran, untuk panduan, penyuluh kehidupan, melawani awan hitam. Ibu yang tua
tiada berdaya, menunggu masa kembalilah ia, mengadap Ilahi yang Maha Esa, hanya
mengharapkan si anak dapat menjadi orang yang berguna, dunia dan akhirat
berbakti kepada bangsa dan agama. Akhirnya perjalanan seorang ibu, setelah
menutup mata. dengan itu, akhir lah perjalanan seorang insan yang bergelar
anak, jadilah ia manusia, dengan berpegang kepada Al-Quran panduan hidup
manusia.
p/s: perginya seorang bonda maka berakhirlah gelaran seorang anak..jadilah dia seorang insan bergelar manusia..Ketika mereka masih ada, berbaktilah kepada mereka, hilangnya mereka didunia seperti hilangnya semua nikmat didunia.
No comments:
Post a Comment