Tuesday, April 9, 2013

PAHALA ALLAH S.W.T BERIKAN KEPADA ISTERI SOLEHAH




‎1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.

2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.

8. Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.
 

p/s:lihatlah betapa besarnya ganjaran Allah s.w.t berikan kepada kaum hawa, kepada bakal-bakal wanita yang akan menjadi isteri, patuhilah suami selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Insya-Allah syurga menanti. Aku hairan dengan masyarakat kita sekarang, buat persiapan sebelum kahwin lebih dari buat persiapan selepas kahwin. Perkahwinan merupakan satu proses pertukaran status, dari anak dara menjadi isteri,  janda menjadi isteri semula. tiada kaitan dengan cat rumah, tiada kena mengena dengan bunga telur, kad undangan dan sebagainya. Persiapan sebelum kahwin dengan majangannya, bunga telurnya, kad undangannya, lembunya berapa ekor, mak andam, pak andam, pelaminnya, berapa persalinan pakaiaan pengantin, nak jempu berapa orang, nak buat kenduri meriah, berapa duit hantaran, jemput live band, dikir barat, silat, boxing, pasukan kompang, pengapitnya nak pakai warna apa, tema persandingan dan macam-macam lagi lah. Sedangkan kita lupa, persiapan kita selepas berkahwin, apa tanggungjawab kita kepada isteri, suami, anak-anak, keluarga, rumahtangga, keluarga sebelah mertua, dan yang paling penting hubungan kita dengan maha pencipta. Berkahwin menjadikan kita lebih dekat dengan Allah s.w.t, senang nak dapat pahala, dan senang untuk kita ke syurga yang kekal abadi, tapi jangan lupa, perkahwinan juga boleh membawa kita ke neraka jika tidak dijaga dengan betul. Contohnya jika suami isteri saling berpandangan antara satu sama lain dengan  pandangan kasih sayang, Allah akan pandang mereka dengan pandangan rahmat, jika mereka saling berpegangan tangan, Allah akan gugurkan dosa dari celah-celah jari mereka, dengan perkahwinan juga Allah akan tambah rezeki, jika dulu  kita hanya hidup seorang, sekarang berdua, dan mungkin bertiga, empat dan seterusnya. Ramai orang cakap rezeki anak,rezeki isteri, ataupun rezeki suami, itulah dia rezeki Allah limpahkan kepada kita, yang penting usaha, rezeki takkan bergolek dengan sendirinya!!Dalam Islam apabila seorang laki-laki itu sudah beristeri, dia seharusnya memberi makan sekurang-kurangnya dua kali sehari kepada isteri, tidak kira masak atau beli diluar, ada lagi, pakaian sekurang-kurangnya dua pasang setahun, lebih tak apa. kalau kita tak buat yang itu, jatuh kepada dosa. Banyak lagi benda yang perlu aku tahu, ini merupakan sebahagian tanggungjawab yang aku tahu, banyak lagi perkara yang perlu aku belajar, korang tahu kenapa aku tulis benda ni? sebab untuk peringatan untuk diri aku sendiri, yang penting AKU NAK KAWINN!!!hahahahaha..aku merupakan bakal seorang imam, bakal suami, bakal seorang ayah, bakal sebagai ketua keluarga, aku bakal penanggung dosa anak-anak dan isteri aku.



No comments:

Post a Comment