Wednesday, December 5, 2012

Tali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan pembaca..
Pernahkah anda melihat seutas tali? dan apa gambaran anda berkenaan dengan tali itu?..sesetengah daripada kita menganggap tali tidak membawa maksud apa-apa, ianya adalah sebagai tali. Tali sebagai pengikat barang dan sebagainya. Dalam penggunaan bahasa kita, tali banyak digunakan untuk membentuk suatu rangkai kata yang membawa maksud dekat, rapat dan kemas. Contohnya tali persaudaraan, tali persahabatan, tali ikatan, dan sebagainya yang berkaitan dengan tali. Ini menunjukkan tali merupakan satu ikatan yang boleh menjalinkan kasih sayang dalam suatu kelompok masyarakat, keluarga, adik beradik, dan saudara-mara..Oleh itu, tali ini perlu dijaga dengan penuh cermat agar ianya tidak putus, bak kata Sabri Yunus, 'tali ini perlu dijaga agar ianya tidak terlalu tegang dan tidak juga terlalu kendor' ini menunjukkan satu ikatan pertalian perlulah dijaga agar persaudaraan itu tidak terlalu tegang dengan pelbagai masalah dan perselisihan faham, sehingga saling memusuhi antara satu sama yang lain, bermasam muka, dan tali itu juga tidak perlu terlalu kendor, ianya seakan-akan perhubungan yang terjalin seperti tawar dan pudar, tiada komunikasi, boleh dikatakan engkau-engkau, aku-aku'. Dalam konteks ini, mereka bukanlah bergaduh, tapi lebih memiliki sifat yang tidak ambil peduli. Oleh itu sama-samalah kita menjaga tali yang kita miliki. Setiap orang memiliki talinya yang tersendiri, pandai-pandailah anda menjaganya.

No comments:

Post a Comment