ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup, selalu orang mengaitkan ketengan itu dengan harta dan kekayaan, walaupun itu boleh menjadi penyunbang, namun itu bukan segala-galanya. betapa ramai orang yang berada di rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi lenanya tidak nyenyak bahkan kadang-kadang orang yang tidur di pondok buruk lebih lena dari kita. kata Hamka "lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmat" jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak ada apa-apa tangan dapat menghalang, jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Lihatlah bagaimana Allah memberikan keajaiban dalam kehidupan.
ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak boleh keluar daripadanya, tapi hari ini kita dikeluarkan dari keperitan dalam keadaan kita sendiri tidak perasan. Ketika kita kata "ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah" hari ini kita telah lupa pada perkataan itu. Kita juga lupa di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya. Surah Al-Imran (3): 173 "cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan".
kita sering lupa kita punyai kehidupan di akhirat kelak..
apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil. kita selalu bersyukur bila kita diberi benda baru, sedangkan nikmat yang telah sedia ada kita tidak nampak. kata Hamka "yang ada ini sudah harapan kita' tapi insan, bukan salah untuk kita menghrapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada. berapa ramai orang yang bersyurkur dengan pemberian itu? syukur itu lebih tinggi martabatnya daripada sabar, ramai orang terpaksa sabar menunggu, tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah takkan terdaya dengan pemberian yang diberi.apa yang Allah kurniakan kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya. jadi sama-samalah kita bersyukur dengan pemberian itu.
No comments:
Post a Comment