Friday, November 16, 2012

UTUSAN SALAM MAAL HIJRAH

 Sama-sama kita panjatkan kesyukuran dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kerana kita masih diketemukan pada tahun baharu dalam kelendar Islam. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesihatan tubuh badan, masih dapat merasai kenikmatan kehidupan sebagai khalifah Allah s.w.t dimuka bumi ini, masih dapat menjalani kehidupan dengan penuh aman dan damai di bumi Malaysia.
berakhirnya tahun ini bermakna sudah tertutup buku lama, dan dibukakan pula buku baharu, bermakna segala yang lepas tidak mungkin akan dapat kembali lagi dan di tinggalkan sebagai memori, pengalaman, pengajaran, atau panduan untuk meneruskan kehidupan. mungkin ada dalam kalangan kita tinggalkan tahun lepas dengan penuh kesedihan, tragedi-trajedi yang tidak boleh dilupakan, mungkin kehilangan orang tersayang, ibu, ayah,adik-beradik, saudara mara dan sebagainya. harus diingat mungkin itu merupakan satu dugaan, ujian daripada Allah s.w.t kepada hambanya, sesungguhnya, ujian merupakan hadiah daripada Allah s.w.t, itu tandanya Allah menyayangi kita semua, janganlah berprasangka prajudis terhadap apa yang sedang dan telah menimpa kita, Allah itu Maha adil lagi Maha Mengetahui, DIA tidak mungkin menganiayai hamba-hambanya. Atau mungkin juga ada antara kita tinggalkan tahun ini dengan penuh kegembiraan, janganlah terlalu gembira dengan pemberian itu sebaliknya, haruslah bersyukur atas pemberian itu, mungkin juga kegembiraan kita itu adalah cubaan daripada Allah s.w.t kepada hamba.
sempena tahun baharu ini saya pemilik blog dengan rasa rendah diri mengajak semua sama-sama melihat, meneliti, mengkaji, merenung seterusnya berdoa agar segala kesulitan yang dialami dipermudahkan, yang mudah disenangkan, dan yang sempit diperluaskan, segala apa yang telah terjadi pada tahun lepas untuk dijadikan iktibar dan pengajar untuk tahun ini, tidak salah untuk kita menoleh kebelakang untuk mencermin diri sendiri. masa yang lepas boleh diibaratkan sebagai cermin sisi. teruskan berjalan kehadapan, sesekali lihatlah cermin sisi sebagai pengajaran kita menempuhi cabaran-cabaran dihadapan.
ketika berjalan ke hadapan, kita semestinya ada perancangan untuk mempermudahkan segala urusan yang diimpikan, sama ada kejayaan dalam pelajaran, keselesaan hidup, dan seluruh yang merangkumi hidup kita, jadikan kegagalan tahun lepas sebagai iktibar, bak kata Ustaz Zahran, "perancangan pada masa kini adalah untuk kejayaan masa depan".. dengan itu timbullah azam. jika perancangan kita gagal pada tahun lepas, jadikan tahun ini sebagai platform untuk kita berjaya. dan harus diingat apa yang dirancang kadang kala, hasilnya bukan apa yang kita harapkan. janganlah putus asa, teruskan berusaha, kerana Allah suka pada mereka yang tidak berputus asa..sementelahan itu, doa janganlah lupa, pohon, sujud, dan mintalah kepada Allah s.w.t, semoga apa yang dirancang, membenihkan hasil yang diharapkan..SALAM MAAL HIJRAH DARIPADA SAYA MUHAMMAD AFZAN ISMAIL..

No comments:

Post a Comment