assalamualaikum semua, salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger..
satu tertarik dengan rancangan yang dikendalikan oleh Dato' Dr Fadilah Kamsah sebagai pengacara @ hos dalam rancangan "Selami Jiwa". saya hanya nak konsikan sedikit pengajaran dengan rakan-rakan blogger, dimana rancangan ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak ilmu kepada kita. beliau bukan berseorangan, malah ditemani oleh artis-artis jemputan seperti yang pernah saya tonton Jozan, Sabri Yunus, Rozita Che Wan, Saiful (Apex) dan ditemani juga ustaz-ustaz dari pelbagai bidang tentang agama Islam, dan ustaz-ustaz ini juga, merupakan lepasan universiti luar negara. rancangan ini lebih kepada diskusi, perbincangan fenomena semasa, tentang kehidupan masyarakat dan pelbagai aspek lain.
dalam banyak-banyak episod yang telah saya tonton, saya tertarik dalam perbincangan ibu dan bapa tunggal. artis jemputannya Sabri Yunus dan Rozita Che Wan. "sampai suatu masa kita tidak lagi akan sehaluan dengan anak-anak dan ibu bapa perlu terima situasi tersebut"(lebih kurang) petikan ayat Sabri Yunus. Sejauh mana kebenaran tentang ayat tersebut mari kita sama-sama renungkan, kita sama-sama tinjau sejauh mana kebenaran tentang ayat yang diungkapkan tersebut. mungkin dalam kalangan kita (termasuk saya) masih tiada pengalaman menjaga anak-anak dari kecil hingga dewasa, namun mari kita cuba singkapkan sedikit dengan memikirkannya secara logikalnya. mungkin ada betulnya, jika kita perhatikan masa kecil segala pilihan datangnya daripada ibu bapa, sama ada pakaian, keperluan harian, makanan dan lain-lain. apa yang ibu atau bapa suka itulah pilihan kita, tapi apabila meningkat dewasa segala keputusan kita sendiri yang buat, sama ada suka atau tidak, kita yang menilainya. mungkin situasi ini terjadi akibat daripada perubahan tahap pemikiran/minda menjadikan anak-anak lebih suka membuat pilihan sendiri. jika terlalu bergantung kepada ibu bapa, akan timbul pula "sampai bila nak tidur bawah ketiak ibu". betul tak???
manakala kata Rozita pula ' kalau anda menjadi ibu atau bapa tunggal, tak usahlah berasa sedih, sebaliknya berbangga kerana anda mampu menjalankan dua tanggungjawab secara serentak".
tapi bagi saya, walaupun kita mampu menjalankan tanggungjawab secara serentak, mungkin tidak akan sama dengan tugas pasangan anda. seorang anak memerlukan kasih sayang dari seorang ibu dan seorang ayah. jika ibu boleh menggantikan tempat ayah, manakala ayah boleh menggantikan tempat ibu, ya!! mungkin boleh, tapi tidak akan sama seperti seorang ayah yang sebenar.
No comments:
Post a Comment