Wednesday, October 31, 2012

UTUSAN DARI JERIJI KETIKA LAMBAIAN KA'ABAH DINANTI

seingat aku dia mula menjejakkan kaki ke sana 4 bulan lepas, sedihkan bila meraikan lebaran tanpa insan tersayang, tapi apakan daya, Tuhan maha berkuasa..apalah sangat kesedihan yang aku rasa berbanding dengan keluarganya, perit melihat hati si ibu melihat anak dalam kurungan, jurai-jurai air mati tak usah diceritakan, memenuhi kelopak yang ada, menitis membasahi pipi tua..memang sedih, sampai aku sendiri mengalirkan air mata menyaksikan drama realiti itu. ibu mana yang tak sayangkan anak, sejahat mana pun anak, dia masih lagi darah daging, keluar dari faraj ibunya juga. naluri ibu tak sama macam naluri seorang bapa.. betul,memang betul!!anak masuk penjara, sekurang-kurangnya datanglah jenguk, ini kan bukan nak datang jenguk, risau pun  tidak..
sebenarnya aku nak kongsikan sedikit kisah ini untuk pembaca, tentang utusan dari seorang yang bergelar banduan kepada keluarganya. aku sendiri yang membaca satu-persatu kandungan surat tersebut, melalui tulisan itu aku dapat menggambarkan bagaimana kesedihan dan penderitaan yang dia alami, dan aku dapat rasakan juga luluhnya hati seorang ibu. surat yang bertulis tangan, dengan menggunakan pensil 2B, permulaan surat dengan kalimat Bismillah dan di akhir utusan satu objek "love" dan di dalam tertulis nama-nama ahli keluarganya termasuk ibu, abang, adik dan anak saudaranya yang masih kecil. rasanya tak perlu aku huraikan kandungan utusan itu, hanya sekadar baris-baris penyelesaian, dan memohon kemaafan daripada seluruh keluarganya. bayangkan bagaimana, menangis abangnya, sedang meneliti baris-baris ayat tulisan adimnya di depan rezeki, tak sempat habis pun nasi yang dijamahnya. memang sedih beb..tentang kesalahan banduan tu biarlah aku simpan. dia sebenarnya seorang yang baik..tapi nak buat macam mana, dah terkena kan..tapi yang pasti bukan dadah..
surat yang aku baca itu disampaikan pada hari raya pertama Aidiladha oleh seseorang.. kebetulan aku juga pada masa itu baharu sahaja sampai di rumahnya. abangnya yang menghulurkan surat itu kepada aku..dan aku berjanji aku akan hasilkan sebuah cerpen untuk dia..insya-Allah..jika diizinkan Allah."utusan dari jeriji"

No comments:

Post a Comment