Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada pembaca dan blogger..
tak ada apa yang nak ditulis, hanyalah satu perkongsian dan satu latihan kepada saya. berkenaan dengan tajuk diatas berkaitan dengan pengurusan harta, sama ada dalam bentuk kewangan ataupun hak milik, seperti tanah, kilang, kedai, pasaraya dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Apa itu kemewahan dan kekayaan?
adakah dengan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki dia akan mencapai kebahagian?.
Apa itu kesederhanaan?
dan apa pula ertinya ketenangan?.
Kemewahan dan kekayaan! itulah yang dikejar oleh kebanyakkan masyarakat. bagi mereka kekayaan dan kemewahan merupakan kayu ukur kebahagiaan. Tapi kebahagiaan yang macam mana?
Jarang dalam kalangan masyarakat kita mengejar kesederhanaan, kenapa ya? kerana terlalu mengejar kekayaan dan kemewahan masyarakat kita tidak dapat ketenangan. Masyarakat yang meterialistik.
Kerana terlalu mengejar kemewahan dunia, mereka-mereka ini meninggalkan Iman(segelintir) lalu kebahagiaan dan kesenangan yang mereka miliki hanyalah palsu, tak ada Iman maka dengan sendirinya tiada ketenangan. Hanya dengan Iman sahajalah dapat menjadikan diri, tenang, tenteram walau apa juga masalah yang dihadapi, dengan Iman juga wujudnya sikap sabar. Sebab itulah orang tidak memiliki Iman cepat putus asa dalam perjuangan, walaupun dia seorang yang kaya.
Jika mereka termasuk dalam golongan orang kaya kedua-duanya, maka dialah orang yang beruntung. Dia juga dengan sendirinya akan menjadi 'Bank Rakyat', dengan cara mengeluarkan zakat kepada fakir miskin dan pelbagai kaedah lain lagi.
Dan percayalah Allah s.w.t yang memberi rezeki dan mengeluarkan rezeki yang kamu cari, segala sijil, ijazah, master, ph.D adalah asbab sahaja.
No comments:
Post a Comment