Thursday, June 7, 2012

MISTERI MENCARI KEJAYAAN TAK MUNGKIN TERGAMBAR


Kalaulah saya terkunci di dalam sebuah bilik atau pun mana-mana tempat yang tidak enak saya duduki, saya akan berusaha sedaya upaya untuk membukanya, saya akan keluar dari tempat itu. Mencari sebuah kebahagiaan dan kesenangan.Sejujurnya setiap antara kita tidak mahu duduk atau tinggal pada tempat yang lama, kosong, sepi yang boleh mengguris hati,yang boleh membuatkan kita sedih, wujudnya perasaan kecewa, dan sebagainya. Tempat yang kita impikan adalah tempat-tempat yang menarik, tempat yang memberi kesenangan dan tenang bila kita mendiaminya. Bagaimana pula dengan anda?
Seperti mana dengan kejayaan, jika dibandingkan dengan kejayaan, kejayaan merupakan kayu ukur untuk mendapatkan kesenangan(secara subjektifnya). Setiap insan mengimpikan kejayaan dan kesenangan dalam hidupnya. Dan perlu juga anda tahu bahawa kejayaan dan kesenangan bukan datang dengan sekali percubaan. Sangat teruja saya jika ada antara kita mendapat kejayaan dan kesenangan dengan sekali percubaan, jarang orang lakukan. Malah kita berdoa kepada Allah sekalipun bukan hanya sekali doa, berkali-kali berdoa untuk memohon apa yang diharapkan. Dengan usaha yang berkali-kali inilah wujudnya perasaan tidak putus asa, sentiasa mengharapkan kejayaan walaupun pernah kecundang, tapi harus anda ingat ramuan untuk menempa kejayaan bukan saja perlu berharap, langkah drastik perlu diambil, perubahan dan pergorbanan perlu ada, dengan segala daya usaha untuk mengacapi kejayaan itu. Jadikan segala kekecewaan sebagai ubat kelukaan untuk menebus kejayaan.

Dalam sajak “pintu”, menceritakan bagaimana sifat seseorang yang berputus asa dalam mengharungi hidupnya. Sehinggakan tidak mahu lagi berusaha kerana dibayangi kegagalan lepas. peluang-peluang yang terhidang dilepaskan begitu sahaja, dengan alasan tidak mahu kecewa lagi, tidak mahu sedih lagi. Orang-orang sebegini seharusnya sedar, bahawa sekuat mana kekecewaan yang dia hadapi , perlu diingat ada orang lain lagi yang lebih kecewa. Jika dia sudah gagal dua kali dalam perjalanannya untuk menggapai kejayaan, mungkin orang lain sudah tiga atau empat kali gagal. Mesejnya, jangan fikir benda yang negatif, kita perlu positif dan ke hadapan. Sejujurnya saya tidak bangga dapat memegang segulung ijazah, kerana bagi saya ramai lagi orang lain yang melebihi saya, saya bangga jadi diri saya, saya bangga dengan ilmu yang telah saya pelajari semasa pengajian. Apa pun itu semua mengikut kendiri masing-masing.

Sajak ini terhasil ilham dari saya sendiri yang sedih melihat anak-anak muda masa kini seakan-akan sudah putus asa untuk menuntut ilmu dan mengejar kejayaan. Mereka lebih suka melepaskan dari mencari. mereka lebih suka berpeleseran, berjalan-jalan. saya tidak mengatakan kepada semuanya, tapi ada segelintir antara kita yang sebegitu. mereka-mereka ini seharusnya mendapat suntikan semangat daripada seseorang.

Penutup, terima kasih kepada Editor Majalah Tunas Cipta abg Ghani Abu, seketika perkenalan dalam dewan kuliah, menerbitkan buih-buih kerajinan untuk terus berkarya. Sajak “Pintu” menghiasi Majalah Tunas Cipta Edisi Jun 2012.
~~~Karya tuan punya blog~~~

1 comment: