Wednesday, May 30, 2012

MISTERI TENTANG KEHIDUPAN MANUSIA

FROM GOOGLE
Tuan punya blog nak kongsikan sedikit kesedihan, percaya atau tidak kehidupan adalah satu misteri yang tidak mungkin akan terungkai, salah satunya kematian. Baru saja dapat berita kematian ibu kepada bekas teman rapat. rasa macam bermimpi je, rasa macam tak nak percaya. Apa pun kematian adalah satu kemestian, percaya atau tidak ia pasti akan tiba, cuma tak tahu bilakah masanya. kita pasti akan merasai kematian. Kepada teman saya yang saya kenali hampir 4 tahun, harap bersabar atas dugaan dan anggaplah itu satu cabaran. Teruskan pengajian, semoga berjaya dan bahagia hingga ke akhir hayat. Di sini tuan punya blog nak selitkan sedikit doa kepada semua;


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seperti mana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya.  Maafkanlah kami, ampuni lah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan lah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi".

sebenarnya tuan punya blog baru sahaja belek-belek Quran Tafsir, dan terjumpalah doa ini daripada sahabat terdahulu. tak sampai setengah jam, dengar pulak berita kematian ibu sahabat kita tadi.
Tak siapa di antara kita dapat mendenstruksionistik(merungkai) kehidupan. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu semuanya. Tiada teori-teori yang dapat merungkai tentang kehidupan manusia atas dunia. jadi berpeganglah pada Kitab Allah s.w.t..Al-Quran Nur Karim..
"cinta itu bukan milik kita" milik ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment