Monday, June 18, 2012

MENJEJAKI SINAR DI PUNCAK BROGA


18.06.2012- Menjejaki Bukit Broga bersama kawan-kawan. Laluannya boleh dikategorikan sukar juga, laluan berbukit, naik berjalan kaki, tak pakai kenderaan, sebabnya sah kenderaan tak boleh naik, laluan bercarum, dan lalu ikut alur-alur runtuhan tanah, ada satu tahap kena mendaki menggunakan tali kerana curang. Satu-satu kenderaan yang boleh naik sampai ke atas adalah Helikopter je..hahaha..
Cukup mencabar bagi saya dan kawan-kawan, sehinggakan ada dalam kalangan kami tak boleh nak teruskan pendakian, sebabnya, takut..hahaha..poyo je mamat tu kan!! Belum sampai bukan main lagi sembang, dah sampai macam hampehh..terpaksa la dia naik menggunakan punggungnya.kah..kah..malu di orang!!tapi akhirnya kami semua sampai juga puncak Broga.
Sesampai je dekat atas puncak barulah mereka sedar yang sebenarnya, banyak benda yang menarik yang belum mereka rungkai di atas. Bagi saya, ekspedisi menjejaki Broga, adalah kali yang kedua bagi tahun ini dan yang lain semuanya pertama kali. Saya sangat tertarik dengan kecantikan, keindahan dan kesejukan di puncak Broga, membuatkan hati tertambat untuk menjejakinya sekali lagi. Kali pertama sampai di Broga, bulan lepas, ketika itu bersama geng Linguistik, dan untuk kali kedua, bersama geng Kesusasteraan.

Mesti mereka yang tak pernah sampai tertanya apa menariknya di Broga tu, dan ramai juga yang dah tahu, salah satunya  adalah saat menunggu matahari naik di awal pagi. Itu merupakan salah satu keunikan BroGA Hill. 
Ekspedisi kali ini dengan yang pertama kali sangat berbeza, kali ini tuan punya blog banyak dapat pengetahuan. Korang nak tahu apa pengetahuannya? Pertamanya, sah keletihan mendaki bukit Broga.hahahah..

sampai di puncak lebih kurang jam 6 pagi, masa sampai di atas memang dah ramai peminat Broga yang dah sampai.  Kami namakan ekspedisi ini ialah ‘Ekspedisi Menjejaki Sinar Di Puncak Broga’, hahahaha.. apa yang bersinar sangat tu kan??
Pertama adalah dapat melihat sinar mentari, cukup cantik, indah, seluruh kawasan bukit-bukit yang berdekatan cerah apabila matahari naik, termasuk juga Broga. Sebenarnya tuan punya blog bukan apa Cuma rasa kagum dengan keindahan ciptaan Allah s.w.t. rasa kerdil sahaja kita ni kan, agungnya ciptaan Tuhan. Saya lihat bukan pada cahayanya, malah kebesaran kejadiannya. Serta-merta wujudnya sinar keinsafan dalam diri. Sesungguhnya banyak sudah dosa yang pernah saya lakukan.. mendaki Broga tak boleh apa-apa pun kecuali letih, tapi ia sebenarnya dalam keletihan tu ada kebesaran dan keinsafan yang wujud dalam diri.

Keduanya, kami mendapat motivasi. Korang tahu dari sapa? Seorang lelaki india. Kebetulan masa kami sampai di puncak kedua, dia juga sampai tempat yang sama, yang saya selut dekat beliau, sebabnya dia tak sombong, naik terus tegur, tegur pulak macam dah kenal lama. Dia merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Seremban. Dia juga merupakan salah seorang bekas pelajar salah sebuah universiti Scotland. Hebat kan..dia mendapat tajaan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke sana dalam bidang bahasa Inggeris. Masa tu aku yang muka tak malu ni bertanya macam-macam la, tentang suasana, budaya belajar kat sana, rupanya memang berbeza. Dia ada pesan dekat kami semua dua benda, pertamanya dia cakap, kita boleh lakukan apa sahaja, kita boleh berjaya macam orang lain, tinggalnya sama ada nak atau tak. Tu merupakan pesanan pertama beliau kat kami, yang keduanya, yang ni aku cukup respect, korang nak tahu dia cakap apa? Lebih kurang macam ni ayat dia ‘kamu rasa macam mana bila ibu kamu atau kakak kamu atau adik kamu, ‘bermain’ dengan orang lain, apa yang kamu rasa? Dan macam tulah orang lain rasa’ …tengok dia india pun tahu kot..masa tu kat minda aku terus flashback masa dengar ceramah kat masjid kat kampung aku, katanya tok iman, ada seorang lelaki pergi bertanya kepada Baginda tentang zina, dan Baginda menjawab apa yang kamu rasa jika ia berlaku ke atas ibu kamu, adik perempuan kamu, kakak-kakak kamu?. Sebenarnya ayat itu dia pegang masa di belajar dekat sana, dia tanya kepada seorang lelaki mat saleh, mana tempat yang ramai  pelacur, mat saleh tu jawab, di mana-mana ada. Dan sambung mat saleh tu lagi “ayat di atas”..dia cakap dua tahun dia tinggal di sana, dia tak pernah pergi atau teringin mendapatkan pelacur.(wallahualam)cerita dia la..tapi aku percaya, tengok gaya dia bercerita, dia sebenarnya cuba memberikan nasihat kepada kami. Banyak pengalaman dia yang dia ceritakan kepada kami, macam-macam, sampaikan kepada prinsip hidup mat saleh di sana pun dia cerita, dia betul-betul cuba memberikan kami motivasi sebenarnya. Lagi pun dia tahu kami pelajar universiti, masa sembang kami cerita kami dari mana. Jadi tak hairanlah dia bercakap secara profesional dan macam orang-orang intelektual.
Aku akan simpan kata-kata dia,…mungkin aku tidak akan berjumpa lagi dengan dia, tapi pengajaran yang dia sampaikan kepada aku, akan aku pegang…


koleksi gambar kenangan di Broga Hill..

 

No comments:

Post a Comment