Wednesday, June 27, 2012

MISTERI ANGKA SIAL, BERHANTU DAN DISUMPAH DALAM KEHIDUPAN


from google
Fobia angka 13 yang dipercayai disumpah dan berhantu. Bagi sesetengah penduduk terutamanya penganut Kristian di Amerika Syarikat, Kanada, British, Jerman, Bulgaria dan Portugal, mereka mempercayai bahawa angka 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu. Berdasarkan kepercayaan penduduk terbabit, sesiapa yang menggunakan angka itu untuk sebarang tujuan akan ditimpa malang, sial malah mampu mengundang maut. Justeru seboleh-bolehnya, angka tersebut dielakkan daripada digunakan dalam apa-apa perkara. Bukan sahaja rakyat bawahan, malah golongan intelektual juga amat mempercayai bahawa angka itu membawa sial dan berhantu.

Ketakutan ini menyebabkan banyak bangunan tinggi terutamanya di Amerika Syarikat tidak memiliki tingkat 13, bilik bernombor 13, petak kenderaan bernombor 13, pintu ke-13 dan juga premis nombor 13. Malah syarikat penghasilan program komputer , Microsoft juga turut menggembar-gemburkan tidak akan mengeluarkan Microsoft Office versi 13, sebaliknya terus melangkau ke 14.

Selain itu, fobia terhadap angka 13 lebih menakutkan masyarakat barat adalah apabila 13 hari bulan itu jatuh pada hari Jumaat. Ini menyebabkan pelbagai perusahaan industri di Amerika Syarikat kerugian.

Antara kes yang berlaku membabitkan penggunaan nombor 13. selain, hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan sehingga menyebabkan ramai pihak meyakini bahawa angka tersebut adalah membawa sial, berhantu dan disumpah. 

è ---> Ekspedisi kapal angkasa Apollo 13 ke bulan mengalami kegagalan dan ramai pihak menganggap  ia disebabkan pesawat itu menggunakan nombor 13, malah berlepas ke angkasa pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970.
è ----> Arnold Schoenberg iaitu seorang lelaki yang mengalami sakit fobia kronik terhadap angka 13 ironinya dilahirkan dan meninggal dunia pada 13 hari bulan.
è -----> Kejadian buruk yang berlaku pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan pula adalah pasukan kesateria Kristian Knights Templar di dapati di tahan dan dibunuh dalam Perang Salib pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307.
è -----> Hari pemerintahan terakhir King Saxon Harold II sebelum beliau dibunuh Duke of Normandy, William adalah pada hari Jumaat, 13 Oktober 1066.

Penyelidik melakukan penyelidikan bertahun-tahun bagi memastikan sama ada angka 13 atau hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan benar-benar angka disumpah atau sekadar satu fenomena pelik yang melanda psikologi manusia. menerusi kajian itu, mereka menggelarkan fobia terhadap angka 13 sebagai triskaidekaphobia dan fobia terhadap hari Jumaat yang jatuh pada 13 haru bulan sebagai paraskavedekatriaphobia atau friggatriskaidekaphobia. Penyelidik percaya bahawa kepercayaan masyarakat barat dan kritikan kononnya angka 13 adalah sial, berhantu dan disumpah bermula daripada ajaran Kristian sendiri. Menurut ajaran agama berkenaan, angka 13 sebenarnya merujuk kepada iblis iaitu ketua syaitan yang dianggap sebagai malaikat ke-13 sebelum digugurkan kerana menderhaka kepada tuhan.
Selain itu, doktrin agama itu turut menyatakan bahawa jesus dikhianati rakannya, judas yang menjadi lelaki ke-13 duduk di meja makan pada majlis ‘Santapan Terakhir’.

Kepercayaan bahawa angka 13 merujuk kepada syaitan turut terdapat dalam kepercayaan Rom. Diceritakan dalam upacara menyeru kehadiran syaitan oleh ahli sihir Rom purba, seramai 12 orang ahli sihir akan berkumpul dan orang ke-13 yang hadir pada upacara tersebut adalah jelmaan syaitan.

Selain Kristian, kepercayaan terhadap angka 13 sebagai angka yang sumpah turut dipercayai berasal daripada pegangan bangsa Vikings. Dalam satu mitos bangsa berkenaan, diceritakan ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan jamuan makan malam, tiba-tiba muncul dewa ke-13 iaitu Loki. Kehadiran Loki kemudian menjadi perancang utama yang mencetuskan pembunuhan dewa kegembiraan iaitu Baldr. Diceritakan bahawa apabila dewa kegembiraan mati, hari itu tidak lagi dilimpahi kebahagiaan dan kegembiraan sebaliknya menjadi hari yang sial dan malang. Menerusi kisah mitos bangsa Vikings itu jugalah wujudnya kepercayaan tahyul yang melarang 13 orang berkumpul serentak.

Terdapat teori mengatakan wujudnya kepercayaan bahawa angka 13 sebagai angka sumpahan dan sial berasal daripada kepercayaan tahyul penduduk zaman kuno. Mengikut teori tu, masyarakat barat pada zaman itu dikatakan menghitung turutan nombor sehingga nombor 12 sahaja. Angka-angka tersebut turut diberi nama tersendiri iaitu daripada ‘One’ hingga ‘twelve’ manakala turutan nombor selepas 12 adalah nama yang digabungkan seperti ‘thirteen’ dan ‘fourteen’. Masyarakat kuno itu percaya bahawa turutan nombor selepas 12 iaitu 13 mewakili unsur ghaib.
from google


Selain angka 13, angka 4 juga menjadi fobia kepada masyarakat China, Jepun, Korea. Ini kerana sebutan angka ‘empat’ dan sebutan ‘mati’ dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua. Sesetengah pihak pula mengakui yang angka 4 turut disumpah kerana ia berasal daripada angka 13 iaitu 1+3=4.
from google


Berbeza pula dengan masyarakat Italy, bukan angka 13 atau 4 yang dikatakan disumpah sebaliknya angka 17. Angka itu bila disusun semula akan membentuk bahasa Latin(VIXI)  yang bermaksud ‘saya pernah hidup’ atau ringkasnya ‘sekarang saya sudah mati’.
Sepanyol adalah antara negara yang mempercayai angka 13 sebagai angka sial dan disumpah, tetapi bagi mereka bukan hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan yang paling ditakuti sebaliknya hari selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial atau disumpah.

Bagi masyarakat Nusantara atau masyarakat Melayu, hari seperti hari Jumaat dan hari selasa mempunyai misteri yang tersendiri, ia berkaitan dengan unsur-unsur mistik, seperti penyembahan dan pemujaan untuk memanggil roh-roh atau jelmaan syaitan untuk pelbagai tujuan.

Sejauh mana kebenaran tentang angka-angka tersebut bergantung pada kepercayaan individu atau masyarakat. Mungkin kejadian-kejadian yang berlaku pada hari dan tarikh tersebut sebenarnya kebetulan. Ramai dalam kalangan masyarakat yang menggunakan angka-angka tersebut tetapi tiada perkara buruk dan aneh yang berlaku.

perkiraan secara matematik daripada tuan punya blog berkaitan dengan nombor-nombor tersebut adalah 13,4,17= 1+3=4,13+4=17.. dapat dilihat nombor-nombor tersebut saling berkaitan antara satu sama lain.

 rujukan: Misteri Dunia Nasron Sira Rahim
info selanjutnya--->>http://www.mytechsecrets.com/the-number-13/

No comments:

Post a Comment