Thursday, July 5, 2012

MISTERI JACK THE RIPPER (PEMBUNUH BERSIRI)


from google
JACK THE RIPPER merupakan nama samaran yang digunakan oleh legenda pembunuh bersiri yang mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk Timur London sekitar abad ke-19. Sehingga ke hari ini pembunuh misteri itu mencetuskan tanda, tiada siapa yang mengetahui identiti siapakah sebenarnya JACK THE RIPPER, sekali gus beliau digelar legenda pembunuh bersiri yang misteri kerana lebih 120 tahun, identiti sebenar pemilik nama tersebut masih kabur.
Ketika zaman keganasannya, Jack The Ripper turut digelar ‘Pembunuh Whitechapel’ yang digeruni kerana membunuh mangsa dengan kejam dan sadis. Mangsa yang hanya terdiri daripada golongan pelacur akan disembelih, dilapah dan dibelah tubuh mereka, manakala organ dalaman pula dikeluarkan. Namun timbul juga kepelikan kerana pembunuhan itu hanya berlaku dalam masa tiga bulan sahaja. Selepas itu, Jack The Ripper bersara daripada kariernya sebagai pembunuh bersiri. Ramai pihak tertanya-tanya siapakah sebenarnya Jack The Ripper, dan mengapakah beliau membunuh pelacur dengan kejam, dan mengapakah pembunuhan itu terhenti selepas mendapat lima orang mangsa?.
Berdasarkan profil, Jack The Ripper mahir menggunakan pisau untuk membedah dan melapah mangsa. Modus operandinya menjalankan pembunuhan pada waktu malam.
Sejarah
Kes bermula pada 6 Ogos 1888 apabila mayat seorang pelacur iaitu Martha Tabram, 39 tahun ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di George Yard. Hasil bedah siasat mendapati mayat wanita tersebut ditikam sebanyak 39 kali pada leher dan kemaluan selain lehernya turut dikelar dan perutnya dibelah menggunakan senjata tajam.
31 Ogos 1888- mayat seorang pelacur iaitu Mary Ann Nochols, 42 tahun ditemui mati dalam kawasan gelap di Whitechapel, East End sekitar 4.00 pagi. Mereka mendapati leher wanita tersebut dikelar dari telinga kiri ke telinga kanan. Matanya yang terbeliak seolah-olah menggambarkan beliau mati dalam keadaan keseksaan. pemeriksaan lanjut mendapati bukan sahaja lehernya dikelar malah perutnya juga dibelah, malah terdapat kesan calar pada rahang sebelah kiri dan luka pada bahagian lain. Senjata yang digunakan adalah pisau panjang dan bergerigi.
Penduduk di Whitechapel sekali lagi gempar apabila mayat seorang pelacur iaitu Annie Charman dijumpai  selepas lapan hari kematian Mary. Sebahagian kulit perut dilapah, rusuknya dibelah dan isi perut serta organ dikeluarkan dan diletakkan di bahu mangsa. Sebahagian kemaluannya juga turut di potong manakala lehernya dicekik sebelum dikelar.
30 September 1888 berlaku dua pembunuhan melibatkan Elizabeth Stride, 45 tahun ditemui mati 1.00 pagi di Dutfield. Lehernya dikelar, beberapa jam kemudian gempar penemuan mayat kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi yang sama, satu lagi mayat Catherine Eddowes, 46 tahun di temui dalam keadaan yang mengerikan, kainnya terselak sampai ke pinggang, lehernya dikelar, tubuhnya dibelah dari dada ke kelangkang manakala isu  perutnya terburai keluar. Bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa dikeluarkan dengan cermat manakala rahimnya dipotong dan dikeluarkan. Kelopak mata mangsa juga dihiris manakala telinga dan hidungnya hampir putus.
Mangsa terakhir jack the ripper Mary Kelly, 25 tahun di temui mati pada 9 November 1888 di bilik sewa di jalan Dorset. Mangsa ditemui dalam keadaan bogel, buah dadanya dipotong, lengan luka parah, isi perutnya terburai, kulit perut dan pahanya dilapah dan diletakkan di atas meja. Buah pinggang serta ususnya, dan satu daripada buah dada ditemui berhampiran kaki kanan mangsa tetapi jantungnya hilang. Wajah mangsa juga cedera teruk apabila terkoyak ke semua arah, dagu, hidung, kening dan telinganya di potong manakala bibirnya dihiris sehingga ke dagu.
Selepas pembunuhan Mary Kelly, tiada lagi pembunuhan yang membabitkan Jack The Ripper. Pada tahun 1892, polis memberi jaminan bahawa keganasan Jack The Ripper sudah berakhir dan kes ditutup walaupun pembunuh itu masih gagal ditangkap.
Tuan punya blog rasakan ada agenda yang menyebabkan Jack The Ripper melakukan pembunuhan tersebut, ini berdasarkan surat-surat yang dihantar oleh beliau kepada Central News dan cara ia melakukan pembunuhan. Namun kisah yang sebenar hanya Tuhan dan dia sahaja yang tahu.
Akan bersambung mengenai surat-surat yang dikirimkan oleh Jack The Ripper kepada Central News dan kisah pembunuhannya mengenai mangsa-mangsa di atas serta teori-teori pengkaji siapakah sebenarnya Jack The Ripper.


RUJUKAN: MISTERI DUNIA NASRON SIRA RAHIM

No comments:

Post a Comment