Takkala rakan-rakan lain sibuk mengisi borang permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, berkejaran ke sana ke mari ingin mengejar pensyarah untuk mendapatkan tandatangan pengesahan permohonan untuk berada di bawah penyeliaan pensyarah tersebut. Aku masih lagi terkedu, terdiam seolah-olah kaku, tidak dapat berbuat apa-apa. Fikiran tersangkut di dua persimpangan jalan, sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atau mungkin setakat ini sahaja. Tidak dapat dinafikan keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master membuak-buak dalam diri aku, tetapi bila terkenangkan nasib keluarga yang masih mencari-cari kebahagiaan hidup, terpaksalah aku membatalkan sahaja niat itu. Mungkin kah aku berhenti di sini sahaja, dan bekerja untuk menyara keluarga. Aku merupakan harapan keluarga, maklum sajalah anak sulung lelaki, tanggungjawab yang ditinggalkan arwah abah kini tergalas di bahu aku untuk menyara keluarga. Jika teringatkan sketsa hidup yang pernah aku lalui, tak terdaya untuk menahan air mata menitis jatuh membasahi pipi, tapi aku kena kuatkan semangat, aku percaya di sebalik kejadian ada hikmahnya dari Allah s.w.t.. insya-Allah. Aku dan keluarga perlu bersabar menempuhi ujian dari-Nya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tugas yang tersandang di bahu ini amatlah berat, apa pun yang berlaku aku harus mendahului keluargaku daripada yang lain. Mungkin jika ada rezeki depan hari aku dapat melanjutkan pelajaran lagi. Amin.. semoga Allah makbulkan doa ini.. selamat tinggal master, semoga berjumpa lagi di depan hari jika kita ditakdirkan ketemu, dan jika ia hanyalah angan-angan, izinkan aku simpan sebagai kenangan dalam hati bahawa aku pernah menyimpan perasaan untuk mendapatkan mu..terima kepada kawan-kawan yang telah banyak memberi sokongan untuk aku meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ini, tidak lupa juga ibu tercinta di kampung, anak mu tahu perjalanan anak mu ini ditemani doa dari mu. Kepada kakak-kakak, dan adik-adik yang tersayang, terima kasih yang tersangat amat, kalian semua merupakan harta saya. Tiada kesenangan yang boleh terukir senyum di bibir selain ingin lihat kita semua berbahagia, bukan kaya dipinta, hanyalah secebis kebahagiaan dari-NYA.
kita pernah membesar bersama
ReplyDeleteinsyallah ada rezeki dapat juga sambung master tu
cepat atau lambat je
insya-Allah..amin semoga tercapai..
ReplyDeleteterima kasih Amalina..
yupp..kalau ingatlah, kita pernah membesar bersama..nak
cerita kisah kecik2 rasa macam malu pulokk..hahaha
isya-Allah..amin semoga tercapai, tapi kalau boleh nak kerja dulu..
ReplyDeleteyupp kita pernah membesar bersama..hahaha
kalau nak cerita kisah budak-budak dulu rasa macam malu jah..hahaha