Monday, March 19, 2012

DON'T BE SAD

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia mengantikannya dengan yang lebih baik. tetapi anda haruslah bersabar menantinya...maha suci Allah pemilik semasta alam, tiada yang berkuasa selain dari-Nya. Dia yang menghidupkan dan mematikan manusia, dia yang menurunkan hujan dan meninggalkan kemarau kepada kita. manusia dilahirkan di dunia untuk menyembah dan beribadat kepada yang Maha Esa, manusia dilantik menjadi khalifah dimuka bumi..fitrah manusia yang memerlukan pertolongan daripada yang maha berkuasa. fitrah manusia melakukan dosa, apabila tersedar akan kesalahan, bersegeralah mengambil wuduq, meletakkan hidung disejadah, melekatkan dari di tempat bersujud, memohon keampuan daripada-Nya. sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani dan Pengampun.
ketika anda dilanda musibah, kecelakaan, kesedihan, carilah TuhanMu, kenalilah TuhanMu, janganlah lari dari kesedihan, kesusahan, dengan menyembuyikan diri/mengurung diri dalam bilik kosong, meracau. keluarlah mencari Allah s.w.t, keluarlah cari kebesaran Allah, memintalah kelapangan daripada Allah, dengan sabar.
ketika Allah mengambil anakmu selepas kelahirannya, janganlah bersedih keterlaluan, janji Allah,Dia akan mengantikan apa yang diambil dengan yang lebih baik dari itu. janganlah bersedih. anak yang diambil oleh Allah tadi akan memegang ibunya/menarik ibunya memasuki syurga Allah. jadi kenapa perlu bersedih?
sampaikan khabar gembira kepada mereka yang sentiasa bersabar menempuhi ujian Allah..
sesungguhnya ujian itu adalah hadiah oleh Allah kepada kita semua..

No comments:

Post a Comment