BERJALAN DI TENGAH ARUS
Baru aku tahu betapa susahnya hidup sendirian, tanpa ibu, ayah dan keluarga. Tambahan hidup di tengah-tengah bandar metropolitan, penuh dengan cubaan dan cabaran. Ini kah pemodenan? Moden sehingga tiada lagi batas sempadan. Mungkin inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan, boleh berjalan ke mana sahaja, boleh lakukan apa yang di suka, janji duit ada!! Projek jalan.. wahhh!! Betul-betul mencabar hidup di bandar besar ini, salah langkah, ke lorong-lorong gelap lah aku, salah kata tercabut lah nyawa, salah pilih rugilah aku. Bila diconggak, kiranya sudah hampir 4 tahun aku membesar di bandar ini, pelbagai kerenah aku hadap, pelbagai perangai aku layani, pelbagai lorong aku lalui, kini baru aku sedar, inilah pemodenan dan modenisasi. Moden sehingga agama dibelakangkan, ibu bapa dibuang, hidup hanya mahukan kegembiraan walhal ia hanyalah sia-sia. Pengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini, membuatkan aku lebih kenal apa itu bandar, jahat nya bandar ini. Tiada lagi sopan dan santun, yang ada hanyalah keangkuhan, boleh naik kereta besar, sombong lah engkau manusia, pengawal keselamatan mungkin bagi mereka orang-orang yang papa kedana, sedangkan aku bekerja untuk menjaga mereka, harta mereka, dan kadang-kadang menjadi orang suruhan tanpa bayaran gaji pun, tapi kami anggap itu adalah biasa, bukan duit yang dipinta, cukuplah sekadar senyuman sahaja, memadailah tanda terima kasih. Tapi apa yang kami dapat, hanyalah jelingan wajah riak, Melayu, cina, India , sama sahaja. Mungkin ada segelintir yang masih lagi murah melemparkan senyuman, tapi dengan kadar yang sedikit. Cukuplah!!. Bagi mereka yang baharu terlepas dari ‘genggaman’, merasakan bandar ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk mereka bersuka ria, di sini bermacam-macam ragam manusia, tak larat nak melayannya. Sejujur nya manusia, ‘kita’ tewas kepada tuntutan nafsu, nafsu mengawal pemikiran, sehinggakan kita ke tepi akal yang ada. Kita melawan fitrah manusia hanya kerana nafsu bermaharajalela. Aku sekarang remaja, remaja yang berada di tengah-tengah arus pemodenan, baik pemodenan dari pembangunan, pemakaian, budaya, amalan dan sebagainya. Mungkin kah aku dapat menangkis segala pemodenan yang buruk, sehingga boleh mengetepikan agama, adab, amalan, budaya aku sendiri, pemakaian, dan segala-galanya. Aku tidak akan lupa tepak sirih yang menjadi kebiasaan dalam amalan meminang, aku tidak mungkin lupa kenangan bermain gasing, wau, lompat tali, kejar-kejar, yang dulu menjadi peneman aku sambil menunggu malam, aku tidak mungkin lupa cara-cara bermain congkak, aku tidak mungkin akan lupa cara-cara membuat lastik, pergi ke hutan berkumpulan, lastik burung, sarang tebuan, dan segala-galanya aku melastik apa yang ada di hutan. Aku masih terbayang terang, bersorak sambil bermain bola bayang, aku rindukan semua itu. Tapi masih adakah sekarang ini? Kanak-kanak/ adik-adik sekarang sudah tidak tahu pun permainan itu semua, mereka di hidangkan dengan internet jalur lebar, dunia tanpa sempadan, semua ada dalam internet..tepuk dada tanya selera, bukan menolak kemajuan, tapi berpada-padalah.
No comments:
Post a Comment