Nama : Muhammad afzan bin ismail
Asal : Pasir Mas, Kelantan
Tarikh lahir : 1 Januari 1989
Pendidikan : Universiti Putra Malaysia (upm serdang)
Status pengajian : muda, ijazah sarjana muda kesusasteraan Melayu dan minor penulisan
Penerbitan : Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka ( Tunas Cipta)
Pertemuan dan perpisahan, fitrah manusia. bertemu dan berpisah adalah perkara biasa dalam kehidupan, tak kan ada perpisahan jika tiadanya pertemuan. Mengapa perlu ditangisi pemergiannya? Mengapa perlu meratapi kehilangannya? Sedangkan janji dari Yang Esa, takkan ada benda yang kekal di atas dunia. Yang hidup akan menemui matinya, yang sihat akan temui sakitnya, yang luas akan ada sempitnya, yang senang akan ada susahnya, yang kaya akan merasa susahnya, yang miskin akan merasa senangnya, yang sedih akan merasa nikmatnya, yang gembira akan merasa pedihnya!!
Mengapa perlu dikejari yang telah pergi? Tidak kah itu takdir dari Ilahi. Mungkin aku dan kau akan menemui kebahagiaannya nanti. Mengapa sukarnya menerima perpisahan? Mungkin kah kerana sayang? atau mungkin juga perasaan cinta?..bukan kah cinta dan sayang itu hadir bersama-sama. Jika sayang redha lah pemergiannya, jika kasih iring lah dia dengan doa tulus dari mu, jika cinta sematkan lah kenangan yang kau coret kan ketika bersama dia dalam hati, simpan dalam lipatan sejarah pertemuan..sayang tidak semestinya dapat, dibenci tidak semestinya lari. Semua keinginan hati tidak semua dapat, mungkin juga hajat yang tidak kesampaian.. namun berpeganglah pada janji Yang Maha Berkuasa, DIA tidak akan menarik, mengambil sesuatu dari hambanya melainkan DIA memberikan yang lebih baik dari itu!! Hanya satu jalan adalah kesabaran. Sabar dalam menerima hakikat, sabar dalam melakukan ibadat, sabar dalam meneruskan perjalanan hidup. Bukankah hidup suatu nikmat? Mengapa perlu kau bersedih untuk hidup? Hargailah nikmat hidup, pernah kah kau merenung sejenak, melihat pandangan luasnya alam, berapa ramai ibu terpaksa menahan kesedihan melihat anak tinggalkannya bersendirian, pergi mengadap Ilahi sebelum dapat mengecapi nikmat dunia? Tidak sempat merasai nikmatnya kasih sayang daripada insan, berapa ramai ibu yang terpaksa menahan air mata dari mengalir, melihat anak mereka tidak dapat membesar dengan sempurna? Tapi itu semua ketentuan DIA, ibu yang kematian anak, ibu yang memelihara anak yang cacat sebenarnya rezeki, rezeki@ aset untuk dia mendapatkan pahala, keampunan dari-Nya. Tahukah kamu melahirkan anak, ALLAH membersihkan segala doamu? Tahukan kamu menjaga anak merupakan pahala?
Kepada yang membesar penuh dengan nikmat yang sempurna, mengapa perlu bersedih hanya kerna seseorang yang belum tentu dapat membahagiakan kita? Memang sayang dan cinta, namun semua itu bukan ukuran untuk anda menggarap kebahagiaan ketika hidup bersama.
Lihatlah beburung di awan, bebas berterbangan ke sana ke mari, bebas hidup tanpa sekatan, kesedihan, kongkongan. Bagi kita manusia, bebas di sini bukanlah bebas melakukan segala kehendak hati, kita bebas melakukan apa sahaja kebaikan, tunaikan kewajipan. Isteri bebas melakukan kebaikan untuk suami, buatlah apa yang suami suka, selagi tidak bercanggah dengan agama…itu juga nikmat, nikmat hidup berkeluarga.
Kawan ukirkan kesabaran dan kekuatan dalam diri untuk merentasi warna-warni kehidupan ini, hidup tidak selalunya senang dan menggembirakan, jika tiada kesedihan, kesengsaraan, masalah, itu bukanlah kehidupan namanya.. segala masalah, kesedihan yang melanda membuat kita akan lebih dewasa dan berwaspada dalam melakukan sesuatu keputusan, termasuklah keputusan untuk menerima seseorang dalam hidup, apatah lagi untuk berkongsi kasih-sayang, berkongsi masalah, berkongsi kesusahan, apakah anda sudah bersedia? Kalau tidak janganlah mencarinya. Kata pepatah Melayu “kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai”. Jika anda sudah bersedia menerima seseorang, sudah bersedia bekongsi segala permasalahan, kedukaan, kegembiraan, dan segala-galanya, bermakna anda juga telah bersedia menerima pemergiannya, menerima segala kelemahannya, bersedia menerima kehilangannya. “tepuk dada tanya selera”. Adakah anda mampu melakukannya? Jika anda mampu, anda telah berjaya mengecapi nikmat hidup walaupun tanpa dia, tanpa orang yang di sayang. Kerana Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani.
Jadilah seperti pohon, dari sebiji benih yang kecil dan halus, dicampakkan ke tanah, hari demi hari membesar, dari sebiji benih tumbuh lah ia menjadi tunas, menerima teriknya mentari siang, meraba dalam kegelapan malam, membesar menjadi pepohonan. Teguh ia berdiri, mendongak langit, menahan sejuknya gerimis petang, tegak berdiri ketika angin menerpa, berdiri dengan kekuatan dan ketabahan, walau dedaunan berguguran, di tanah tandus dan gersang…
Engkaukah angin malam?
Yang lalu, menerpa aku
Takkala kesejukan membalut badan
Gementar hingga ke tulang
Menahan sejuknya bayu semalam.
Engkaukah angin siang?
Lalu membelai sayu dipipi aku
Menyejukkan diri yang kepanasan
Setelah jauh aku berjalan.
Wahai malam
Aduhai siang
Aku lah anak Adam
Datang mencari keredaan
Mencari pengalaman
Medekonstuksionistik kekusutan
Mengukir sebuah kehidupan
Dalam ilustrasi arus pemodenan
Mengharapkan keajaiban
Kebahagiaan
Ketabahan
Kekuatan
Akan dapat aku simpulkan
Menjadi semangat
Meneruskan perjuangan!!
p/s: sajak ni tak ada tajuk, sengaja aku tak nak letak tajuk, jadi korang lah letak tajuk melalui apa yang korang faham..
No comments:
Post a Comment