Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

JANGAN HINA NEGERI KAMI

assalamualaikum...jelas terasa yang tersangat amat mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai keceluparan mulut beliau menyatakan negeri Kelantan adalah negeri termiskin. seharusnya seorang pemimpin negara yang memegang tampuk pimpinan paling besar dalam negara tidak mengelurkan kenyataan sedemikian,ini merupakan suatu yang memalukan, sejujurnya saya cukup terkesan dengan kenyataan itu memandangkan negeri Kelantan merupakan negeri kelahiran saya, tanah tumpah darah saya, seorang pemimpin tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu, kalau lah negeri kelantan ini miskin, beliau sebagai perdana menteri dan menteri kabinetnya seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memajukan negeri kelantan, memang beliau pemimpin besar Barisan Nasional(BN), dan negeri kelantan pula diterajui oleh pimpinan PAS, majoritinya  dalam Dewan Rakyat Kerajaan menang, oleh itu setelah beliau memegang sebagai seorang perdana menteri beliau bukan lagi pemimpin UMNO malah pemimpin semua golongan rakyat tidak kira hijau,biru, dan sebagainya. tugas beliau sekarang bukan untuk UMNO sahaja, tetapi seluruh negeri pemimpinnya adalah beliau, jadi tanggungjawap untuk memajukan negeri bukan terbatas kepada negeri dibawah pimpinan BN sahaja, malah seruluh negeri tidak kira parti mana yang memerintah. jadi janganlah menunding jari kepada orang lain untuk memajukan negeri dan negara, sebenarnya tugas itu anda yang pikul, kerajaan negeri hanyalah melaksanakannya sahaja, setelah mendapat peruntukan dari kerajaan. Negeri Kelantan tidak maju, sebenarnya salah siapa? politik sekarang sudah diubah menjadi politik peribadi, tidak kira siapa pun, orang politik sama sahaja. sama ada kerajaan mahupun pembangkang, yang menjadi keldal adalah rakyat. rakyat dimomokkan dengan isu-isu yang merugikan. apa salah nya kerajaan dan pembangkang duduk semeja berbincang mengenai hala tuju negara dan memajukan negara. jika itu dilakukan, dimana ruginya?? kita membiarkan orang lain menguasi kita, sampai kita mengikut telunjuk dan tunduk walaupun kebenaran..saya cukup sedih melihat orang-orang dan penduduk peribumi yang doperbodohkan hanya kepentingan peribadi pemimpin. bagunlah wahai bangsaku, dimana pun kita, walaupun apa warna bendera kita, kita masih berpayung disatu langit, iaitu ISLAM. kita harus mendidik minda kita supaya menjadi seorang yang positif, bijaksana. kita berbeza politik sewaktu pilihan raya sahaja, tapi selepas kerajaan dibentuk, kita adalah serupa, walaupun parti yang kita minat tidak dapat menerajui kerajaan, tetapi kita masih mempunyai MELAYU yang memegangnya, bukankan MELAYU itu dekat dengan ISLAM..melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan.bukan minda, lapangkan dada, insy-ALLAH kita pasti akan berjaya.

Thursday, October 27, 2011

SEPULUH TANDA MEJELANG KIAMAT

Di atas telah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan para penyusun ktab-kitab Sunan, dari Abu Syuraihah Huzaifah Bin Usaid, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“tidak akan terjadi kiamat sebelum kamu melihat sepuluh tanda, terbitnya matahari dari barat, asap, binatang melata, munculnya Yakjuj dan Makjuj, turunnya Isa bin Mariam, Dajjal, tiga kali gempa; sekali di barat, sekali di timur dan sekali lagi di jazirah Arab, api yang keluar dari sebuah jurang di Aden, yang menggiring manusia-atau mengumpulkan manusia- api itu menginap bersama mereka di malam hari, dan tetap menyala saat mereka tidur di siang hari.”
Dan menurut riwayat muslim, dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w  bersabda:’bersegeralah beramal sebelum terjadinya enam perkara;terbitnya matahari dari barat, munculnya Dajjal, asap, binatang melata dari dalam bumi, urusan umum(kiamat), dan kematian setiap orang dari kamu sekalian.
Imam Muslim meriwayatkan pula dari Abdullah bin Amr, bahawa dia berkata: “aku hafal dari Rasulullah s.a.w sebuah hadis yang belum aku lupakan: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya pertanda kiamat yang pertama muncul ialah terbitnya matahari dari barat dan keluarnya binatang melata mendatangi manusia pada waktu  Dhuha mana pun dari keduanya yang lebih dahulu terjadi, maka lainnya tidak lama lagi akan terjadi pula”.
Maksudnya, bahawa keduanya adalah yang pertama-tama terjadi di antara pertanda-pertanda kiamat yang dianggap sangat luar biasa. Kerana tidak biasa dialami manusia,walaupun datangnya Dajjal, turunnya Isa dari langit, dan juga keluarnya Yakjuj dan Makjuj telah terjadinya sebelum itu. Kerana ketiga-tiganya dianggap termasuk perkara lumrah yang biasa dialami manusia. Lain halnya munculnya binatang melata dengan kelakuan yang aneh, yakni pandai bercakap dengan manusia dan menandai siapa yang mukmin dan siapa yang kafir. Ini memang luar biasa.
Kalau binatang melata ini merupakan pertanda luar biasa pertama yang terjadi di bumi,maka  terbitnya matahari dari barat adalah kejadian luar biasa, yang merupakan pertanda pertama yang terjadi di langit.
(MS 161)

p/S RUJUKAN DARI BUKU BERTAJUK “TANDA-TANDA KIAMAT” IBNU KATHIR, PENTERJEMAH Muhammad Akhyar LC dan Syahrin Jasah. Buku keluaran AL SHAFA. Cetakan ketiga.
Dari meja penulis-saya memohon maaf jika ada kesalahan ejaan yang boleh memungkinkan berlakunya berlainan maksud asal..anda boleh rujuk buku tersebut dengan harga RM29.00.