assalamualaikum...jelas terasa yang tersangat amat mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai keceluparan mulut beliau menyatakan negeri Kelantan adalah negeri termiskin. seharusnya seorang pemimpin negara yang memegang tampuk pimpinan paling besar dalam negara tidak mengelurkan kenyataan sedemikian,ini merupakan suatu yang memalukan, sejujurnya saya cukup terkesan dengan kenyataan itu memandangkan negeri Kelantan merupakan negeri kelahiran saya, tanah tumpah darah saya, seorang pemimpin tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu, kalau lah negeri kelantan ini miskin, beliau sebagai perdana menteri dan menteri kabinetnya seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memajukan negeri kelantan, memang beliau pemimpin besar Barisan Nasional(BN), dan negeri kelantan pula diterajui oleh pimpinan PAS, majoritinya dalam Dewan Rakyat Kerajaan menang, oleh itu setelah beliau memegang sebagai seorang perdana menteri beliau bukan lagi pemimpin UMNO malah pemimpin semua golongan rakyat tidak kira hijau,biru, dan sebagainya. tugas beliau sekarang bukan untuk UMNO sahaja, tetapi seluruh negeri pemimpinnya adalah beliau, jadi tanggungjawap untuk memajukan negeri bukan terbatas kepada negeri dibawah pimpinan BN sahaja, malah seruluh negeri tidak kira parti mana yang memerintah. jadi janganlah menunding jari kepada orang lain untuk memajukan negeri dan negara, sebenarnya tugas itu anda yang pikul, kerajaan negeri hanyalah melaksanakannya sahaja, setelah mendapat peruntukan dari kerajaan. Negeri Kelantan tidak maju, sebenarnya salah siapa? politik sekarang sudah diubah menjadi politik peribadi, tidak kira siapa pun, orang politik sama sahaja. sama ada kerajaan mahupun pembangkang, yang menjadi keldal adalah rakyat. rakyat dimomokkan dengan isu-isu yang merugikan. apa salah nya kerajaan dan pembangkang duduk semeja berbincang mengenai hala tuju negara dan memajukan negara. jika itu dilakukan, dimana ruginya?? kita membiarkan orang lain menguasi kita, sampai kita mengikut telunjuk dan tunduk walaupun kebenaran..saya cukup sedih melihat orang-orang dan penduduk peribumi yang doperbodohkan hanya kepentingan peribadi pemimpin. bagunlah wahai bangsaku, dimana pun kita, walaupun apa warna bendera kita, kita masih berpayung disatu langit, iaitu ISLAM. kita harus mendidik minda kita supaya menjadi seorang yang positif, bijaksana. kita berbeza politik sewaktu pilihan raya sahaja, tapi selepas kerajaan dibentuk, kita adalah serupa, walaupun parti yang kita minat tidak dapat menerajui kerajaan, tetapi kita masih mempunyai MELAYU yang memegangnya, bukankan MELAYU itu dekat dengan ISLAM..melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan.bukan minda, lapangkan dada, insy-ALLAH kita pasti akan berjaya.
kecek ikut sedak mulut..lagu tu la
ReplyDelete