Kasih dan sayang adalah salah satu kesempurnaan dalam tabiat manusia. Perasaan seperti ini membuat seseorang turut merasa sedih apabila melihat penderitaan saudaranya dan berusaha menghapuskan atau meringankannya.
jelaslah bahawa, rasa kasih sayang merupakan salah satu kesempurnaan. Tanpanya, manusia akan merosot kedudukannya setaraf dengan haiwan dan akan lenyaplah apa yang terbaik pada dirinya iaitu perasaan yang hidup dan selalu memiliki rasa kasih dan sayang. Bahkan haiwan sendiri pun mempunyai perasaan kasih sayang kepada keturunannya. Oleh kerana itu, kekejaman merupakan kemunduran dari fitrah manusia dan merosot kedudukannya ke tingkat haiwan, bahkan lebih rendah tingkatnya seperti benda yang tidak bergerak bernyawa.
kasih sayang dalam tingkatnya yang tertinggi dan keluasannya yang mutlak adalah salah satu sifat Allah s.w.t rahmat atau kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh alam merata pada seluruh alam malakut. Persaudaraan, keramahan, saling kasih mengasihi ia adalah rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t yang terdapat di dalam hati manusia. orang paling lemah lembut hatinya dan paling besar rasa kasih sayangnya ialah yang paling banyak mendapat rahmat Allah s.w.t. Sedangkan orang-orang yang hatinya keras, mereka merupakan orang-orang yang congkak dan sombong, mereka itu akan di tempatkan di lapisan terbawah neraka.
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w telah menegaskan
"Sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah s.w.t ialah manusia yang berhati kejam"
(HR. At- Thabarani)
Allah s.w.t menghendaki supaya dunia ini mendaat keamanan dengan adanya seorang yang dapat menghapuskan penderitaan dan kepedihan, memperbaiki kekeliruan dan dosa kesalahannya, berusaha melalui jalan yang benar, menolong orang yang lemah dan berjuang membealnya.
Untuk itulah Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w seorang manusia yang hatinya telah diisi dengan ilmu dan ketabahan, akhlaknya diisi dengan keramahan, kelembutan, dan kebajikan, tabiatnya diisi dengan ketulusan kasih sayang, Baginda juga seorang dermawan, kesemuanya itu membuat baginda menjadi hamba Allah s.w.t yang paling tinggi dan paling lapang dadanya.
Islam memerintahkan supaya para pemeluknya saling berkasih sayang dan perkara itu dijadikan sebagai salah satu tanda keimanan yang sempurna. Dalam bergaul dengan orang ramai, dalam hati seorang muslim mesti terdapat rasa kasih dan cinta.
Islam menekankan keharusan berkasih sayang secara umum terhadap semua makhluk. Untuk menjaga kemaslahatan umum dan ketenteraman masyarakat, agama Islam mementingkan kebajikan, pendamaian, dan kasih sayang terhadap segenap umat manusia.
Pada dunia akhir zaman ini, perasaan kasih sayang itu seolah-olah telah hilang dalam diri manusia, persoalan kemanusiaan, cinta, semakin pudar, yang tinggal hanya kerakusan, kezaliman, pengkhianatan yang berleluasa. Untuk itu, marilah kita sama-sama memupuk semangat berkasih sayang, cinta-mencintai antara satu sama lain, bagi mewujudkan satu situasi yang damai, bermuafakat, dan berkebajikan khususnya bagi umat Islam, ini kerana dalam Islam sendiri menekankan konsep kasih sayang sama ada sesama manusia, haiwan dan tumbuhan. Dan ingatlah hidup ini hanyalah pinjaman, segala yang ada di sekeliling kita adalah pinjaman, sama ada isteri, anak-anak, harta, kemewahan, pangkat dan kedudukan dan semua ini adalah ujian terhadap kita.
RUJUKAN BUKU AKHLAK SEORANG MUSLIM
"Bila seseorang melakukan kesalahan, dan dia tidak memperbetulkan kesalahan itu, dia telah melakukan kesalahan sekali lagi"
Saturday, March 15, 2014
Friday, March 7, 2014
HIDAYAH MILIK TUHAN
Assalamualaikum..
sekadar perkongsian untuk tatapan bersama, semoga ia menjadi barakah dan memberi keberkatan untuk semua. Pencarian Maha Agung, Maha Besar, Al-Khalid, Al-Rahman, Al-Rahim..Segala puji bagi-Mu jua, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan para sahabat, para ambia, wali-wali dan sehabat golongan syurga. Insya-ALLAH.
kepada pembaca budiman, pernahkah anda merasa kerdil ketika mengadap tuhan, ketika berada di rumah Allah swt..Subhanallah, Maha Suci Allah. Kasih yang tidak pernah putus dicurah, nikmat hidup yang berpanjangan sehingga ke saat ini.
Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk mencari Al-Khalid, terima kasih ya tuhan!! pada ketika titis air yang membasahi anggota sekujur tubuh yang kotor, membasuh lumuran-lumuran kepekatan dosa yang pernah dilakukan, hinanya aku. Sewaktu melangkah masuh ke gerbang suci, pergi mengadap ilahi, terasa diri aku terlalu kerdil, kecil, malunya aku pergi mengadap tuhan membawa diri yang kotor, penuh noda dosa. Lalu berdirilah aku menanti azan yang akan di kumandangkan, menanti dengan penuh malu. Saat ia dilagukan, aku tunduk. Betapa dekatnya alunan itu memanggil aku, terlalu dekat, sehingga terasa dalam hati mungkin inilah bermulanya perjalanan aku. Alunan itu memanggil aku kembali pada pencipta..Allahuakhbar!!
Syukur pada-Mu Ya Rabb, bagaimana harus aku basuh kotoran-kotoran yang sekian lama membuat hati gelap? lalu jari jemari penuh sabar membilang tasbih, dengan harapan semoga aku kembali ke jalan yang benar. Demi tuhan, aku tidak sedar berderainya air mata membasahi pipi, skrip drama yang tidak diatur. Sambil mulut tidak lekang menyebut nama-Mu, bertasbih pada-Mu, bertahmid, aku melihat ke kubah, penglihatan tembuh melihat langit nan rendang, "Tuhan jika ini jalan terbaik pernah engkau berikan kepada aku, biarkanlah aku disini, janganlah Engkau kembalikan aku ke jalan yang penuh kegelapan" hati ini berkata.
Masjid ini menjadi saksi "Tuhan, jika kelapangan yang Engkau berikan selama ini adalah tipu daya dunia, biarkanlah aku terus miskin sebegini, aku percaya pada kuasa-Mu, bahkan segala Dzat-Mu, segala yang ada di langit dan di bumi adalah kerajaan Mu. Jika takdir ini, memisahkan aku dari kegelapan, teruskanlah ujian ini, semoga aku menjadi hamba yang selalu sabar dan bersyukur atas segala pemberian-Mu". Waktu itu aku tidak boleh tipu, aku biarkan mata ini menangis penyesalan.
Hari seterusnya, sewaktu melangkah ke masjid, kelihatan jauh van jenazah yang berdiri megah di depan tangga masjid, hati berkata "siapa pulak yang mati ini", kaki melangkah laju, sambil mengejar seruan azan, mata memerhati akan jenazah yang telah dikafankan itu, terus ke bilik wuduk. Semoga roh si mati akan tenang dan mendapat perlindungan daripada Allah swt. Selepas magrib penghuni masjid mencapai Yasin, bergema kata-kata tuhan di alunkan, Allahuakhbar!! jenazah itu dibiarkan sahaja, sambil mata aku bulat memandang. Hati berkata lagi "Mungkin Allah nak berikan peringatan kepada aku, supaya ingat mati". selepas bacaan Yasin, jenazah itu di bawa masuk, aku hanya mampu memerhati, lalu hati berkata-kata "inilah sembahyang terakhir kamu, dan inilah jejak terakhir kamu ke masjid, dan begitulah juga aku".

Thursday, March 6, 2014
AKU MASIH DI SINI IBU AYAH
Dari jauh aku melihat
liku dan ranjau
menelusuri jalan hidup
depan dan belakang
penuh cabaran.
Aku berdiri di sini
cuba mentafsir
kasih ibu
aku cuba cungkir
pengorbanan ayah,
aku cuba ingat
perjuagan mereka
tidak putus dicurah.
Aku belajar kasih dari
seorang ibu
aku belajar tabah dari
seorang ayah
wali keramat pemberian ilahi.
Aku yang masih di sini
hanya mampu pejamkan mata
hadirkan wajah indah
wajah syurga
melihat dalam pejam
senyum dan tawa
lalu kuntum rindu yang
tersimpan terubat jua akhirnya.
Aku masih di sini
inginku gapai kasih ibu
tak sampai
inginku balas jasa ayah
tiada nilai
inginku peluk mereka
tangan tak capai.
hanya doa, bisa kutitip
kepadamu ibu ayah
moga tenanglah disana.
Ya Allah, Ya Tuhan segala puji milik-Mu, Keagungan, Kemuliaan, Engkaulah tuhan yang membuka mata kami dipagi hari, Engkaulah yang mengalirkan darah dalam diri kami, Engkaulah yang mendegukkan jantung di dalam dada kami, meskipun mata kami tak mampu melihat Mu, tangan kami tak mampu menyentuh-Mu, tapi Engkau lebih dekat dari urat nadi kami sendiri..Tuhanku, ampunkahlah dosa kedua ibu bapa kami, terimalah solat dan segala amalan kedua orang tua kami, jauhilah ibu bapa kami dari menyentuh api neraka-Mu kerana sifat kami di dunia ini, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kami di dunia ini, lapangkahlah kubur mereka, jauhkanlah azab Mu dari mereka, Tuhan, jangan jadikan kami orang-orang yang sombong di muka bumi-Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
tokuban
6 Mac 2014
kalau ia bermanfaat kepada saudara/saudari, kongsilah kepada sesiapapun..
ANGIN PEMBAWA RAHMAT
ANGIN PEMBAWA RAHMAT
angin bertiup penuh sopan
membawa rahmat dan kebesaran
aku melihat ia
menggulung awan
berarak kencang
mengerakkan awan
di atas sana
subhanallah maha suci Allah.
lalu, dicelah-celah
awan aku menyaksikan
rintik-rintik hujan
membasahi bumi tuhan
yang kian
tandus dan gersang
alhamdulillah.
aku terpegun
melihat air mengalir
dari hulu ke hilir
menceritakan kisahnya
menghijaukan bumi
dengan tanaman, haiwan, dan tumbuhan
menyelamatkan manusia dari kehausan,
kelaparan.
Allahuakhbar!!
bertebaranlah manusia
mencari keredhaan, keberkatan.
kenapa kita hidup
bersama kegelapan
padahal Allah sediakan matahari dan bulan
penunjuk jalan.
*sekadar peringatan untuk diri sendiri, semoga menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.
kita kadang-kadang bersyukur ketika kita diberikan benda baharu, walhal kita lupa nikmat yang ada sekarang sudah lebih dari harapan kita. nikmat kaki tangan, nikmat penglihatan, pendengaran, nikmat iman, ihsan, nikmat makan minum..
semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas pemberian nikmat dari-Nya..

Saturday, March 1, 2014
Kuras-Kuras Kreatif: CINTA DAN DI CINTAI
Kuras-Kuras Kreatif: CINTA DAN DI CINTAI: GOOGLE CINTA DAN DICINTAI Kata orang tanpa cinta manusia tidak akan bahagia hidup bersama..tapi bagaimana pula jika cin...
Kuras-Kuras Kreatif: INDAHNYA UJIAN
Kuras-Kuras Kreatif: INDAHNYA UJIAN: Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa di muka bumi Allah s.w.t. kalimah syukur dapat aku ucap, kerana masih selamat. Maut d...
INDAHNYA UJIAN
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa di muka bumi Allah s.w.t. kalimah syukur dapat aku ucap, kerana masih selamat.
Maut dah ada cuma diberi rezeki oleh Allah untuk terus bernafas di buminya, Alhamdulillah segala puji dan syukur aku sembahkan padaMU Ya Tuhan. Tengah hari ni dapat keluar dari Hospital Serdang, semalaman aku di tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut, mujurlah tiada pendarahan @ darah beku dalam kepala.Tapi rasa pening-pening tu masih ada.
Semalam dua kejadian hampir serentak berlaku, pertamanya junior kemalangan, masa tu aku tengah bermain futsal, sempat jugaklah pergi tolong dia, kebetulan kejadian tu dekat dengan gelanggang. susur selepas itu aku pulak yang kena, kepala jatuh dan terhentak pada lantai simen, terlalu kuat sehinggakan aku tak sedarkan diri, mujurlah ada kawan-kawan yang sudi membantu. Lepas dari sedar memang aku tak ingt apa-apa pun, cuma yang ingat aku bermain futsal, kejadian lepas tu memang aku tak ingat, sebab 'lupa ingatan' tu lah aku di tahan di wad..lagipun doktor nak pastikan aku betul-betul bebas dari kecederaan dalaman terutamanya kepala.
sekarang dah ok, sihat. tapi kepala masih lagi sakit. mungkin sebab hentakkan yang kuat kot semalam. bengkak punyalah besar..dan sekarang ni dah mulai surut. malam nanti boleh main futsal lagilah kan..
tak serik betul kau ni kan!! dulu kemalangan masa tingkatan enam, agak teruk jugaklah, sampai sekarang kesan sakit tulang belakang ada, tahun lepas india langgar lari, tangan pulak jadi mangsa, sama macam tulang belakang, semalam kepala pulak yang kena, indahnya ujian Allah berikan kepada aku..syukur kerana Allah kerana memilih aku untuk diberikan ujian, dengan ujian aku kenal makna sabar, dengan ujian juga aku kenal makna syukur.
Bukankah ujian itu hadiah daripada Allah swt kepada kita untuk kita selalu mengingatinya, bukankah dengan ujian itu akan gugur dosa-dosa kecil? lalu bersyukurlah dan bersabarlah teman!!

Friday, February 28, 2014
SOMBONG BILA BERILMU ITULAH KITA
"Bakat yang dikurnia jangan disalahguna, jangan kufur nikmat yang diberi percuma, guna kelebihan untuk hikmah bersama, jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama"
ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya, sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata ucaplah alhamdulillah bukannya sukar kerna semua yang kaya dan besar tetap Allahuakhbar!!
(ALHAMDULILLAH)
Assalamualaikum..
madah bismillah pembuka bicara, semoga perkongsian ilmu lebih bermakna. percayakah anda semua ilmu atas dunia akhir zaman ini perlu dibeli tidak kiralah melalui wang ringgit ataupun tenaga? betapa susahnya untuk mendapatkan ilmu, sedangkan ilmu itu milik Allah s.w.t. DIA yang mengurniakan kita ilmu, kesihatan akal,tubuh badan, apabila sampai ke manusia, mereka menjualnya kepada yang memerlukan. mereka memanipulasinya ilmu. yang kaya akan terus jadi kaya dan yang miskin akan terus miskin dan terpinggir. Sombong dengan ilmu yang dimiliki, angkuh dengan nama yang tertera, bangga dengan pencapaian yang telah diukirnya, takabur dengan kedudukan dan pangkat.
wahai pemilik hati, janganlah kau lindungi hatimu dengan kesombongan, sehingga badan diselimuti rasa angkuh,riak dan takabur. semuanya milik tuhan semesta alam..kadangkala kita kufur nikmat pemberian darinya,walhal ia adalah percuma.

CINTA DAN DI CINTAI
![]() |
CINTA DAN DICINTAI
Kata orang tanpa cinta manusia tidak akan bahagia hidup
bersama..tapi bagaimana pula jika cinta yang kita berikan tidak dihargai, malah
ditolak ke tepi, perlukan kita bersedih dengan penolakan cinta kita itu??
Perlukan kita meratapi dan menangis jika
orang yang kita sayang pergi tinggalkan
kita kerana orang ketiga??
Sahabat A : APA YANG AWAK FIKIRKAN?
Sahabat B: TAK ADA APA PUN, SAJA RENUNG TERINGATKAN
SESEORANG
Sahabat A: INGATKAN SIAPA?
Sahabat B: INGATKAN ORANG YANG SAYA SAYANG PERGI TINGGALKAN
SAYA KERANA PILIHANNYA.
Sahabat A: AWAK BIARKAN DIA DENGAN PILIHANNYA?
Sahabat B: YA..SAYA HANYA DOAKAN KEBAHAGIAANYANYA , TIDAK
PERNAH TERDETIK DIHATI UNTUK MENYAKITINYA. KALAU BETUL CINTA DAN SAYANGKAN
SESEORANG, BIARKAN DIA DENGAN PILIHANYA. KITA DOAKAN KEBAHAGIAANYA BERSAMA
PILIHAN HATINYA.
Sahabat A: KENAPA SAYA TENGOK AWAK TAK SEDIH PUN ATAS
KEHILANGAN ORANG YANG AWAK SAYANG, KENAPA?
Sahabat B: PERLUKAH SAYA BERSEDIH ATAS KEHILANGAN ORANG YANG
TIDAK SAYANG DAN CINTAKAN SAYA?PERLUKAH SAYA BERDUKA DAN MERASA RUGI ATAS
KEHILANGAN ITU?SEBALIKNYA DIA TERSANGAT RUGI KERANA KEHILANGAN ORANG YANG
SAYANGKAN DIA.
Tepuk dada tanya selera….kadang-kadang kita buat sesuatu
penilaian tanpa memikirkan baik buruk sesuatu kejadian, kita hanya fikirkan
kerugian yang sebenarnya satu anugerah di sebalik kejadian.
#Kita tidak akan rasa manisnya iman, jika tidak menelan
pahitnya ujian# kalau kamu kumpulkan semua kekayaan di atas dunia ini hanya
kerana ingin membeli hati, nescaya kamu tidak akan mampu, kerana ia milik Allah
s.w.t, soal jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan, itu adalah pasti. Allah
telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita, baik untuk kelangsungan hidup berumah
tangga, berkeluarga, mahupun beribadah kepada-Nya. Terimalah dengan tangan
terbuka, mungkin itu bukan pilihan yang selalu kita idam-idamkan, yang selalu
kita impi-impikan, namun percayalah, Allah berikan yang terbaik untuk hambanya.
Tuesday, February 25, 2014
MENGAPA DAN KENAPA?
| Konvokesyen Universiti Putra Malaysia |
MENGAPA DAN KENAPA?
Mengapa Engkau berikan kami
nikmat kebahagiaan?
lalu, Engkau campakkan kami
dengan kesedihan,
mengapa Engkau kirimkan kami nikmat
kekayaan?
lalu, Engkau hantar kami dengan
kemiskinan,
mengapa Engkau kurniakan kami nikmat
kesihatan?
lalu, Engkau masukkan diri
kami dengan kesakitan,
mengapa Engkau limpahkan kami
nikmat kelapangan?
lalu, Engkau berikan kami
dengan kesempitan,
mengapa Engkau memberikan kami
nikmat kekenyangan?
lalu, Engkau kembalikan kami dengan
kelaparan.
Kenapa Allah berikan kami
kesedihan,
kemudian, Allah campakkan
kebahagian?
kenapa Allah kirimkan kami
kemiskinan,
kemudian, Allah hantar kami
kekayaan?
kenapa Allah berikan kami
rasai kesakitan,
kemudian, Allah kurniakan kami
kesihatan?
kenapa Allah berikan kami
kesempitan,
kemudian, Allah limpahkan kami
kelapangan?
kenapa Allah memberikan kami
kelaparan,
kemudian, Allah kembalikan
kami kekenyangan?.
Mungkin,
lupakah kamu pada janji tuhan
setiap yang diberikan adalah
ujian,
sabar dan syukur nikmat
pemberian.
Hidup adalah pinjaman
Kembalinya nanti akan dihitung
Antara dosa pahala
Syurga atau neraka.
Monday, December 9, 2013
ABADIKAN KENANGAN DALAM PENULISAN
Assalamualaikum semua..
"KERANA DIA MAMAKU" khas admin ukirkannya untuk bonda tercinta..Adik Nadia Rawi beria-ria suruh buat sajak tentang ayah, bukan tak nak tulis, tapi kena ambil masa sikit, sebab sebarang penulisan yang nak dibuat mesti dekat dengan penulis, contohnya melalui pengalaman penulis itu sendiri, melalui pemerhatian sekeliling, melalui pengalaman orang lain, melalui pembacaan dan kajian serta macam-macam lagilah. Sebab itu bagi admin kalau nak menulis tentang sesuatu perkara, kita mesti masuk ke dalam dunia tersebut, agak susah juga untuk menulis dalam dunia orang lain, sedangkan kita di dunia lain. Tulis semua orang boleh buat, tapi keakraban nilai yang kita nak tonjolkan itu, adakah pembaca akan merasakan apa yang kita rasa pada ketika itu.
Ok, berbalik pada tadi, sebenarnya admin melalui pelbagai pengalaman hidup bersama ibu, susah senang, masa sedih gembira, jatuh bangun hidup bersama ibu, ini kerana ayah admin meninggal 17 tahun yang lalu, di situ bermulanya kisah sebenar hidup kami sekeluarga.. Saat itulah admin kenal apa itu nilai pengorbanan seorang ibu, nilai kasih sayang seorang ibu, soal kemiskinan, tanggungjawab, dan prihatin. Bukan senang nak membesarkan anak-anak yang masih kecil dengan satu tangan, semua tugas diambil alih oleh mak pada masa itu. bayangkan bagaimana seorang wanita yang tidak pernah bekerja, tidak pernah kehilangan suami, akhirnya sendirian membesarkan anak-anak. Saat itu masih terbayang sampai ke hari ini bagi admin. Adab dunia bila senang disanjung, bila susah di buang. Kisah perjalanan hidup yang penuh dengan liku-liku pahit, dan admin sahut itu sebagai satu ujian untuk keluarga admin.
Admin berkenala di Kuala Lumpur sejak usia 17 tahun, lepas SPM terus ke Kuala Lumpur, dengan membawa harapan mak, dengan harapan dapat bantu keluarga, maklumlah anak sulung lelaki, selepas kematian abah, semua tugas di pikul oleh admin. bayangkan masa sampai di Kuala Lumpur, admin tak ada sesiapa pun, bawa nasib diri ke rantau orang, masa berjalan sambil menangis, kerja sambil menangis, demam pun menangis, bukan sebab manja atau lembut, tapi mengenangkan nasib keluarga yang susah. Selepas 6 bulan di Kuala Lumpur keputusan SPM keluar, result nak kata ok pun tak jugak, nak kata tak ok pun tak jugak, dapat 2A. Selepas itu, mak suruh sambung belajar di tingkatan 6, ikutkan hati memang tak nak, nak kerja, nak tolong mak yang menoreh getah orang, tapi mak beria-ria suruh sambung belajar, katanya "ma nak tengok salah seorang anak ma jejak kaki di universiti sebelum ma tutup mata", dan saat itu admin pikul kata-kata mak untuk tunaikan hasratnya. Alhamdulillah selepas STPM, admin dapat result yang boleh dikatakan berjaya, dapat pula pelajar terbaik lelaki. Masa itu orang yang tersangat gembira adalah mak, admin rasa tak ada saat paling manis admin berikan pada mak selain daripada keputusan yang agak cemerlang. Perasaan masa itu, separuh daripada harapan mak admin dah dapat tunaikan. Sebelum keputusan STPM keluar, kali kedua admin merantau ke Kuala Lumpur dan bekerja. Lepas itu ,dapat sambung belajar di Universiti Putra Malaysia di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Sekarang admin telahpun tunaikan hasrat mak selama ini, bukan main bangga lagi mak dapat masuk ke Dewan Konvokesyen, masa tu semua berkumpul, kakak-kakak, adik-adik..
Bangga dapat tunaikan hasrat mak sebelum mak pergi. Sebenarnya, kakak-kakak semua dapat sambung belajar, tapi di sebabkan kekangan hidup dan kewangan, kakak semua tak sambung, semuanya cari haluan masing-masing. Terima kasih kepada kakak-kakak yang spoting, ( ustazah Halismaini Binti Ismail, Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Halismariza Binti Ismail, dan Sarjan Haluarizani Binti Ismail) untuk adik, kakak sanggup korbankan masa depan. Mak selalu pesan, "kita tak ada harta, harta yang arwah abah tinggal hanya adik beradik, jadi jagalah hubungan adik beradik jangan sampai putus walaupun ma dah tak ada". Jadi dalam dunia saya, harta saya, adalah adik beradik saya, saya bangga memiliki harta tersebut, dan sampai bila-bilapun harta saya itu tidak akan muflis selagi kami bersatu.
Lebih separuh dari kehidupan saya bersama mak, jadi tak hairanlah saya dapat ukirkan coretan-coretan menarik tentang ibu..Bukan saya nak menafikan pengorbanan abah saya dulu, sepanjang hayat arwah abah, saya digelar anak abah..memang baik sangat dengan arwah tapi jodoh saya bersamanya hanya 8 tahun. Dan saya akan buat satu kenangan untuk abah saya nanti, bila sampai waktunya..Kenangan abang bersama abah tak akan luput dalam ingatan sampai bila-bila.
wasalam by
-tok uban-
9 Disember 2013

Tuesday, November 12, 2013
TEKNIK PENULISAN SAJAK
Assalamualaikum semua..rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baharu, Awal Muharam untuk semua umat Islam khususnya..
Malam ni saya nak kongsikan sedikit tentang kerja yang saya dapat, mungkin rezeki juga agaknya, tapi dalam hidup ini tidak ada istilah "kebetulan". Berjaya, gagal, sedih, gembira semuanya ketentuaan Allah s.w.t, sudah tertulis jalan hidup kita, Tidak ada kebetulan dalam kehidupan, Allah telah merencanakan kehidupan kita dan itulah yang terbaik untuk kita.
ok, balik kepada kerja tadi, sebenarnya saya ada dapat tiga tugasan daripada seseorang, yang pertama wawancara, kedua skrip drama tv dan yang ketiga dokumentari. Wahhh!! bunyi macam best je, macam menarik je, macam sengal je..hahahaha..ini bukanlah tugasan dari stesen penyiaran, hanya sekadar tugasan orang yang minta tolong untuk disiapkan. Orang kata sambil meyelam minum air, macam ni la saya, sambil buat untuk orang, sambil-sambil belajar, mana lah tahu kot-kot depan hari boleh jadi penulis skrip ke..amin..semoga Allah s.w.t merahmati doa ini..Dengar-dengar nak bayar Rm7 satu page..hmmm..ok la kan, dapat 10page satu tugasan dah Rm70.. bukannya susah pun kan..hehehe, macam poyo je..belajar ni mesti berguru, so saya mintak tolong MF KENCANA tunjuk ajar..Harap-harap beliau boleh tolong lah yer..
Menulis sebenarnya terapi minda, ada orang menulis sebab nak lepaskan perasaan, ada orang menulis sebab suka-suka, ada orang menulis sebab di minat menulis, ada juga orang menulis sebab nak nama, macam-macam lagilah..jom saya nak kongsikan sikit tentang penulisan sajak, saya ni bukan banyak ilmu pun nak ajar orang, tapi ada la sikit-sikit, semasa belajar di UPM, saya berguru dengan Dr Lim Swee Tin, beliau banyak jugalah ajar macam mana nak tulis sajak, cerpen dan novel.
mesti pening kan mula-mula nak menulis, tajuk, isi, dan penutup. bab tajuk pun dah pening, nak letak tajuk apa la kan..sebenarnya semua ni ikut seseorang, ada orang buat sajak dulu baru buat tajuk, ada orang buat tajuk dulu baru buat sajak, tapi bagi saya lebih senang buat sajak dulu, kemudian baru fikir tajuk yang sesuai.
dalam penulisan sajak ayat tak perlu meleret, tapi biar terang. ok maksudnya ayat yang simple tapi ada isi, susunan bahasa yang menarik, bila audien baca mereka akan dapat tangkap apa yang nak disampaikan dalam sajak kita. ramai penulis sekarang suka buat sajak tapi ramai audien yang tak faham, banyak bunga bahasa, lengok bahasa, dan rosakklah bahasa.hehehehe..zaman sekarang karya akan jadi lebih mahal bila orang baca, orang tidak akan faham, pelbagai tafsiran. banyak tafsiran lagilah mahal karya tersebut. ok sebenarnya menulis untuk kita atau untuk masyarakat? kalau untuk masyarakat rasanya tak perlu kot menimbulkan pelbagai tafsiran, menulis untuk sampaikan ilmu atau menulis untuk diri sendiri?

Siapakah
memetik
mawar
kuntuman
bunga,
tiada
ia di laman
sekian
lama ku tanam
sekian
lama ku siram
penuh
harapan ku simpan
penuh
kasih ku genggam
ia
pada taman larangan.
Siapakah
gerangan?
mencuri
mawar
ku
sayang,
sekian
lama ku siram kasih
sekian lama ku curah sayang
mekar
di halaman
kembang
kelopaknya
harum
wanginya
merah
warnanya
ku
simpan ia di taman
lalu
di curi orang.
Siapakah
gerangan jantan?
*ni bukan sajak terbaik, ia merupakan sebagai contoh sahaja..sajak ini saya tulis apabila baca tentang kes peningkatan remaja lari dari rumah ikut teman lelaki.. sajak ni juga terbit di Tunas Cipta. telah saya katakan ia bukan yang terbaik, tapi lebih kurang macam ni la..
Tuesday, October 29, 2013
KERANA DIA MAMAKU
Lirik mata memandang sayu
Pada garis tua wajahnya
Tersimpan seribu pengisahan
Sukar untuk diceritakan, payah untuk
digambarkan
Cerita tangisduka, sukagembira, hampakecewa
Masih segar terlukis
indah pada wajah.
Bagaimana harus aku terjemah
Selembut kasih, seindah wajah
Pengorbanan tidak putus kau curah
Biar kerut membelah dahi
Biar keringat membasahi pipi
Namun masih tersenyum pasrah.
Bagaimana harus aku mula
Bicara indah untukmu bonda
tiada untaian kata untuk dirasa
tiada suara untuk di hiba
yang tinggal
juntaian air mata iringi harapan darinya.
Bukan kekayaan dia impi
Kebahagiaan selalu dia ucap
Bukan juga duit dia harap
Perhatian dia idamkan.
Kerana dia mamaku
Patah tak mungkin tumbuh
Hilangnya tak mungkin berganti.
perginya, tiada galang ganti
kasihnya subur mewangi
senyumnya kan melekat dihati
selamanya abadi,
kerana dia mamaku!!
Bagaimana harus aku mula, bicara indah buatmu bonda, bagaimana harus aku atur wacana kata-kata untukmu bonda? hanya air mata dapat menceritakan segalanya. sayangku terhadapmu bukan mainan kata-kata, bukan juga manis mulut semata-mata, hanya tuhan tahu segala-gala. hanya doa dapat ku titip kepadamu, semoga Allah makbulkan segalanya. pengorbananmu tiada nilai bandingnya,tiada harga untuk aku taruhkan..ibu adalah segala-gala!!
-tok uban-
29 OKTOBER 2013
29 OKTOBER 2013
11.20pm
Thursday, October 24, 2013
National Kidney Foundation: We care, We love
![]() |
| From Google |
Jadilah seseorang yang mampu merubah hidup seseorang yang memerlukan, kita mungkin senang, sihat sejahtera, bahagia, namun adakah kita sedar masih ramai yang memerlukan bantuan daripada kita, kongsilah kebahagiaan, kesenangan itu dengan menyalurkan derma kepada pesakit-pesakit khususnya pesakit buah pinggang melalui Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.
Ramai mungkin yang tidak tahu apa itu National Kidney Foundation (NKF)
NKF mula-mula didaftarkan pada tahun 1969, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia ( NKF ) berusaha untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan kepada pesakit; dengan kegagalan buah pinggang dan mereka yang mengalami pelbagai penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Pada tahun 1993 , pusat dialisis yang pertama dibuka Jalan Hang Lekiu , Kuala Lumpur. Sejak beberapa tahun, NKF telah berkembang pesat dengan sokongan daripada banyak pihak. NKF telah memperluaskan peranannya daripada hanya pembekal rawatan dialisis, untuk menjadi pusat sumber kebangsaan sehenti bagi semua perkara yang berkaitan dengan buah pinggang.
NKF adalah sebuah organisasi amal bukan keuntungan , oleh itu pengumpulan dana merupakan komponen penting supaya kita dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan mengekalkan organisasi.
Pesakit NKF adalah umumnya daripada golongan berpendapatan rendah dan pesakit-pesakit sering tidak mampu rawatan dialisis di kemudahan perubatan swasta yang biasanya mengenakan RM150 hingga RM250 bagi setiap sesi dialisis, setiap sebulan pesakit buah pinggang dimestikan mendapat rawatan dialisis 4 kali, dan seperti yang dinyatakan di atas, setiap dialisis menelan belanja sebanyak Rm 150-250, bayangkan jika ianya dilakukan 4 kali sebulan. Oleh itu, NKF membantu dengan memberi subsidi kos rawatan dialisis pesakit, supaya mereka hanya perlu membayar yuran nominal RM50 setiap sesi dialisis.
Setiap tahun, NKF perlu menyalur sebanyak RM12 juta untuk memberi subsidi kos rawatan dialisis untuk 1557 pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat-pusat 28 dialisis kami di seluruh negara (pada September 2013 ). Dengan sokongan yang pemurah dan baik hati daripada pelbagai organisasi dan orang awam melalui derma , geran dan pelbagai bentuk bantuan kewangan, kita dapat memberi subsidi kos rawatan bagi pesakit yang menjalani dialisis.
Selain itu juga, terdapat syarikat-syarikat besar yang turut menaja program ini, antaranya Berjaya Group, KLCC, KL Tower. Mereka-mereka ini bukanlah menyalurkan dana kepada pesakit dengan pemberian wang, tapi syarikat-syarikat ini telah menyediakan alatan-alatan seperti mesin dialisis untuk pesakit menerima rawatan dengan kos yang sederhana.
Terdapat pelbagai program yang telah dilakukan untuk mendapatkan dana kepada pesakit-pesakit ini antaranya larian amal, konset amal, dan sebagainya. Menyedari kesulitan dan kesusahan yang pesakit alami, kami terpanggil untuk melakukan kerja amal iaitu mengumpul dana sebanyak mungkin untuk disalurkan kepada mereka melalui face to face, kami datang bukan untuk derma semata-mata, namun kami cuba berikan kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan serta pemberitahuan tentang wujudnya pusat dialisis yang murah. Ramai mungkin yang tidak mengetahui wujudnya badan NGO yang menyediakan rawatan dengan caj yang rendah, oleh itu kami terpanggil untuk mewar-warkan kepada masyarakat akan wujudnya pusat dialisis untuk pesakit yang kurang berkemampuan, ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainya.
WE CARE, WE LOVE
-tok uban-
24 Oktober 2013
Thursday, October 17, 2013
KENALI DIRI, UBAH PERSEPSI
"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkan kesalahan itu, dia telah melakukan satu kesalahan lagi"-Confucius
Cantik ayat pepatah melayu " pengalaman merupakan guru yang paling setia pada diri".
...pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran..pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati...
Pernahkah anda mendengar petikan di atas?, ia merupakan rangkap sebuah lagu, wowww..menarik, sebab lagu ni admin minat!!
Cuba anda berdiri di depan sebuah cermin, tanya diri anda, siapa yang melihat dan siapa yang dilihat!! tanya lagi siapa aku, dan semestinya cermin tidak pernah menipu..
"Salah satu faktor kenapa anak-anak melayu gagal menempatkan diri dalam kalangan orang berjaya berpunca daripada mereka lari daripada masalah, tidak mahu menghadap masalah itu yang sebenarnya pengalaman untuk mereka" Halim Yazid.
Dalam kehidupan tiada seorang pun dapat lari daripada melakukan kesalahan atau kesilapan, tidak kiralah ianya satu kesalahan kecil atau kesalahan yang besar. Ramai yang sedar mereka telah melakukan kesalahan, namun tidak cuba untuk memperbaikinya, malahan lari dari apa yang telah dilakukannya itu, tidak mahu bertanggungjawab, bersikap lepas tangan. Kesannya, mereka telah rugi satu peluang dalam hidup, iaitu pengalaman.
Kita seringkali menyalahkan orang lain apabila berlakunya kegagalan, sedangkan diri yang tidak mahu berubah membetulkan kegagalan itu. Jika usaha anda biasa sahaja, maka hasilnya hari ini adalah biasa, dan jika anda usahakan dengan cara luar biasa maka hasilnya pasti luar biasa. Titik tolak bermula pada diri anda sendiri. Musuh yang paling bahaya untuk memusnahkan hidup anda adalah diri anda sendiri.
Seringkali kita kecewa apabila usaha yang kita lakukan menemui jalan kegagalan, kekecewaan pasti membalut perasaan, putus asa pasti datang berteman. Sedar atau tidak biar pun tidak memperoleh kejayaan itu, kita telah memperoleh ilmu semasa perjalanan mengejar kejayaan. Ilmu bukan satu bebanan, tapi platform untuk kita bangun semula, dengan kata lain ia sebagai pembakar semangat, serta yang paling penting adalah pengalaman, sesudah anda jatuh sudah pastinya anda tidak mahu jatuh lagi, bangun dan teruskan impian.
Merenung Seketika
kita sebagai ummat islam pastinya rasa bersyukur dengan apa yang diberikan Ilahi, kenapa perlu meratapi kegagalan? bukankah kegagalan itu adalah ujian, dan bukankah ujian itu jambatan untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t?. Jadi kenapa perlu meratapinya, jadikan ia sebagai motivasi pembakar semangat diri. Meratapi sesuatu yang telah hilang bukan jalan terbaik untuk memperbaiki diri, kembalilah pada Sang Pencipta. Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehinggakan anda lupa mensyukuri apa yang telah ada di hadapan anda. Padahal anda masih memiliki secuit ilmu untuk anda bangun semula. Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya!!
Ramai orang yang hebat, dengan bangganya mempamerkan keangkuhan diri, kesombonggan, riak, takabur dan sebagainya. Sombong dengan apa yang anda miliki sama seperti anda sombong dengan nikmat pinjaman Allah s.w.t. Berapa ramai kalangan orang-orang berjaya/kaya, apabila bisnes jatuh, mereka mula meratapinya, meroyan tak tentu pasal, gila, dan bunuh diri. Kenapa mereka tidak bangun semula seperti mereka pernah lakukan dahulu? adakah kerana mereka-mereka ini tidak pernah mengenal erti gagal, lalu mereka tidak tahu apa itu makna gagal. Maka beruntunglah anda dengan kegagalan yang pernah anda lalui, pasti menjadi panduan untuk hari depan kelak.
Yang Lepas, Biarkan Ianya Berlalu
Esok adalah angan-angan, semalam adalah kenangan dan hari ini dalam genggaman. Usah menunggu hari esok kerana ia belum pasti milik anda, usah diburu peristiwa semalam kerana ia adalah kenangan, hari ini, ya hari ini adalah hidup anda, mulalah langkah pertama hari ini, kerana ia menentukan masa depan anda. ramai kalangan kita seringkali diburu masa lalu, kemudian mereka bersedih atas kegagalan yang pernah mereka lalui, kenapa perlu hadirkan kembali masa lalu dalam hidup anda hari ini? bukankah ia akan membunuh semangat dan harapan anda?.
p/s: admin menulis semua ini untuk diri admin bangun semula, ia merupakan pembakar semangat untuk admin teruskan cita-cita. Jika tulisan ini terbaik untuk anda, ambillah ia sebagai motivasi untuk anda mengejar kejayaan. Semestinya kejayaan itu subjektif maknanya kan? orang lain tidak boleh mengukur kejayaan diri kita, hanya kita yang mampu mengukur setakat mana kita telah berjaya. Oleh itu, orang lain tidak tahu apa yang kita ada, hanya kita yang tahu apa yang kita ada.
-tok uban-
17 Oktober 2013

Subscribe to:
Comments (Atom)