Friday, February 28, 2014

CINTA DAN DI CINTAI

GOOGLE






CINTA DAN DICINTAI

Kata orang tanpa cinta manusia tidak akan bahagia hidup bersama..tapi bagaimana pula jika cinta yang kita berikan tidak dihargai, malah ditolak ke tepi, perlukan kita bersedih dengan penolakan cinta kita itu?? Perlukan kita meratapi dan menangis  jika orang yang kita sayang  pergi tinggalkan kita kerana orang ketiga??

Sahabat A : APA YANG AWAK FIKIRKAN?

Sahabat B: TAK ADA APA PUN, SAJA RENUNG TERINGATKAN SESEORANG

Sahabat A: INGATKAN SIAPA?

Sahabat B: INGATKAN ORANG YANG SAYA SAYANG PERGI TINGGALKAN SAYA KERANA PILIHANNYA.

Sahabat A: AWAK BIARKAN DIA DENGAN PILIHANNYA?

Sahabat B: YA..SAYA HANYA DOAKAN KEBAHAGIAANYANYA , TIDAK PERNAH TERDETIK DIHATI UNTUK MENYAKITINYA. KALAU BETUL CINTA DAN SAYANGKAN SESEORANG, BIARKAN DIA DENGAN PILIHANYA. KITA DOAKAN KEBAHAGIAANYA BERSAMA PILIHAN HATINYA.

Sahabat A: KENAPA SAYA TENGOK AWAK TAK SEDIH PUN ATAS KEHILANGAN ORANG YANG AWAK SAYANG, KENAPA?

Sahabat B: PERLUKAH SAYA BERSEDIH ATAS KEHILANGAN ORANG YANG TIDAK SAYANG DAN CINTAKAN SAYA?PERLUKAH SAYA BERDUKA DAN MERASA RUGI ATAS KEHILANGAN ITU?SEBALIKNYA DIA TERSANGAT RUGI KERANA KEHILANGAN ORANG YANG SAYANGKAN DIA.

Tepuk dada tanya selera….kadang-kadang kita buat sesuatu penilaian tanpa memikirkan baik buruk sesuatu kejadian, kita hanya fikirkan kerugian yang sebenarnya satu anugerah di sebalik kejadian.

#Kita tidak akan rasa manisnya iman, jika tidak menelan pahitnya ujian# kalau kamu kumpulkan semua kekayaan di atas dunia ini hanya kerana ingin membeli hati, nescaya kamu tidak akan mampu, kerana ia milik Allah s.w.t, soal jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan, itu adalah pasti. Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita, baik untuk kelangsungan hidup berumah tangga, berkeluarga, mahupun beribadah kepada-Nya. Terimalah dengan tangan terbuka, mungkin itu bukan pilihan yang selalu kita idam-idamkan, yang selalu kita impi-impikan, namun percayalah, Allah berikan yang terbaik untuk hambanya. 

No comments:

Post a Comment