Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa di muka bumi Allah s.w.t. kalimah syukur dapat aku ucap, kerana masih selamat.
Maut dah ada cuma diberi rezeki oleh Allah untuk terus bernafas di buminya, Alhamdulillah segala puji dan syukur aku sembahkan padaMU Ya Tuhan. Tengah hari ni dapat keluar dari Hospital Serdang, semalaman aku di tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut, mujurlah tiada pendarahan @ darah beku dalam kepala.Tapi rasa pening-pening tu masih ada.
Semalam dua kejadian hampir serentak berlaku, pertamanya junior kemalangan, masa tu aku tengah bermain futsal, sempat jugaklah pergi tolong dia, kebetulan kejadian tu dekat dengan gelanggang. susur selepas itu aku pulak yang kena, kepala jatuh dan terhentak pada lantai simen, terlalu kuat sehinggakan aku tak sedarkan diri, mujurlah ada kawan-kawan yang sudi membantu. Lepas dari sedar memang aku tak ingt apa-apa pun, cuma yang ingat aku bermain futsal, kejadian lepas tu memang aku tak ingat, sebab 'lupa ingatan' tu lah aku di tahan di wad..lagipun doktor nak pastikan aku betul-betul bebas dari kecederaan dalaman terutamanya kepala.
sekarang dah ok, sihat. tapi kepala masih lagi sakit. mungkin sebab hentakkan yang kuat kot semalam. bengkak punyalah besar..dan sekarang ni dah mulai surut. malam nanti boleh main futsal lagilah kan..
tak serik betul kau ni kan!! dulu kemalangan masa tingkatan enam, agak teruk jugaklah, sampai sekarang kesan sakit tulang belakang ada, tahun lepas india langgar lari, tangan pulak jadi mangsa, sama macam tulang belakang, semalam kepala pulak yang kena, indahnya ujian Allah berikan kepada aku..syukur kerana Allah kerana memilih aku untuk diberikan ujian, dengan ujian aku kenal makna sabar, dengan ujian juga aku kenal makna syukur.
Bukankah ujian itu hadiah daripada Allah swt kepada kita untuk kita selalu mengingatinya, bukankah dengan ujian itu akan gugur dosa-dosa kecil? lalu bersyukurlah dan bersabarlah teman!!
No comments:
Post a Comment