Assalamualaikum..
Akibat daripada sindiran, mainan ayat retorik politik daripada Perdana Menteri kita, saya lihat ramai anak-anak muda dari Kelantan agak marah dengan tindakan PM tersebut. Sehinggakan segelintir anak-anak muda di kelantan, menyuarakan ingin “boikot” PM pada pilihan raya (PRU13) akan datang tidak lama lagi. Namun bukan itu yang saya ingin suarakan dalam entry saya pada kali ini, saya ingin memberitahu pembaca semua bahawa negeri KELANTAN merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia. Anda tahu kaya di mana? Mungkin ada segelintir di antara kita menyetujui kenyataan PM baru-baru ini. Mungkin juga dari satu sudut kelantan tidak kaya dengan pembangunan infrasuktur dan prasafana. Namun jika anda tahu, negeri kelantan merupakan pengeluar produk-produk tenaga kerja yang berpendidikan tinggi. Boleh juga dikatakan bahawa negeri Kelantan melahirkan produk modal insan yang berkualiti jauh bezanya dengan negeri-negeri lain. Buktinya, jika anda peneliti dan pemerhati, boleh dilihat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak anak-anak Kelantan memenuhi pusat-pusat pengajian tinggi awam dan ada juga menyambung pelajaran di pusat pengajian swasta, ini membuktikan bahawa anak-anak Kelantan mementingkan pelajaran dan seharusnya kaya dengan ilmu di dada. Mereka memandang masa depan lebih jauh. Tidak mahu melihat di luar, saya mahu buktikan di Universiti Putra Malaysia sahaja, di mana kemasukan anak-anak Kelantan ke universiti ini amat memberangsangkan tiap kali adanya pengambilan pelajar baharu. Di Kelantan sendiri pun jika kita lihat banyaknya pusat-pusat pengajian yang tumbuh seperti UMK, masterskill, kist, adabi, za’ba dan banyak lagi. Dengan tumbuhnya pusat pengajian ini sekali gus menjadi batu loncatan untuk mereka meneruskan pengajian dan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Bukan setakat pelajar sahaja memenuhi pusat-pusat pengajian, malah tenaga pengajar juga turut sama. Bukan setakat menjadi pendidikan sahaja malah nama mereka terkenal di seluruh dunia sehinggakan mendapat pengiktirafan dunia…jadi di mana miskinnya kita???kita janganlah cepat melatah dengan kenyataan tersebut. Apa yang penting kita adalah sebuah negeri yang kaya. Soal pembangunan saya tidak mahu sentuh, kerana itu bukan ukurannya bukti kaya miskin sesebuah negeri. Di India ramai rakyat yang miskin, tapi negaranya melahirkan pakar-pakar IT terkenal. Saya kalau boleh ingin melihat seluruh negeri di Malaysia membangun sejajar dengan era globalisasi dunia.sekian..:)
No comments:
Post a Comment