Saturday, February 25, 2012

BAHASA ITU JAHAT!!


Hmmm..bahasa itu jahat??jahat ke bahasa ni?? Bukan bahasa yang jahat tapi manusia yang menggunakan bahasa itu jahat. Sebab itulah peribahasa Melayu menyebut kerana mulut badan binasa, dan dalam Islam pula, lidah merupakan senjata yang paling tajam sekali, lebih tajam daripada mata pedang. Lidah, bahasa dan mulut tidak dapat dipisahkan. Kerana sekali lidah bergerak menuturkan sesuatu perkataan yang dilakukan oleh mulut, sesebuah negara akan musnah, suami isteri boleh bercerai, adik-beradik boleh berkelahi sesama sendiri,  itulah jahat nya bahasa. Orang sekarang berperang tidak lagi menggunakan tenaga dan senjata yang canggih, orang moden sekarang terutamanya sesuatu golongan menggunakan mulut sahaja untuk berperang. Bukan perang mulut yang kita selalu lihat tu, tapi perang mulut yang lebih dahsyat lagi. Kerana lidah dan mulut menuturkan perkataan dan bahasa yang boleh membawanya fitnah. Inilah perang halus negara kita sedang lalui sekarang, Sedar atau tidak itulah hakikatnya. Palestine menjadi huru-hara sebelumnya berlaku peperangan adalah berpunca daripada lidah dan bahasa serta mulut yang bekerja.  Lidah yang menuturkan bahasa yang jahat dengan memfitnah  negara itu menyimpan pasukan pelampau, atau gerakan Islam yang dilihat oleh barat sesuatu yang boleh menggugat kedudukannya. seluruh dunia mempercayai kata-kata itu dan seolah-olah dunia menghalalkan pencerobohan yang dilakukan oleh barat. Itulah kejamnya bahasa. Mereka menyalahgunakannya demi kepentingan diri.  Kejatuhan kerajaan Libya, di mana terbunuhnya Muamar Ghadaffi  disebabkan juga bahasa. Rakyat yang mudah terpengaruh mengikut dan percaya dengan fitnah yang dilakukan oleh pihak tertentu, menyebabkan berlakunya perpecahan kaum, menjadi dua pihak. Penentang kerajaan dan penyokong. Berlakunya demonstrasi seluruh Libya. Sekarang bila pemimpin itu sudah dibunuh, masih lagi huru-hara. Boleh diibaratkan Seperti anjing dan bayang-bayang..sebelum tertangkapnya pemimpin Libya itu, bermacam-macam artikel yang menuduh beliau seorang pemimpin yang jahat dan disebarkan melalui facebook, selepas kematian beliau, timbul pula artikel berkenaan dengan jasa-jasa yang telah beliau taburkan di bumi Libya. Apa ni?? Mereka memonopoli kan bahasa dengan mempengaruhi pemikiran manusia. kesimpulannya sesuatu boleh kita ucapkan, tapi haruslah berfikir tentang orang lain juga, mungkin perkataan yang kita ucap itu biasa je bagi kita, dan bagi orang lain ia boleh mengguris perasaannya. Jadi sebelum mengeluarkan kata-kata fikir la dulu, kerana akan memberi kesan kepada kita. Sama ada kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Peace no war!!!

No comments:

Post a Comment