Sunday, December 25, 2011

HIDUP PENUH DENGAN DUGAAN, UJIAN ADALAH HADIAH, SABAR ADA HIKMAH

hidup ni tak selalunya senang kan??
tengah bersenang lenang, kengkadang susah menjenguk jugak
hidup ni tak boleh nak diduga,
angaplah semua itu hanyalah dugaan, dan ujian.

dulu basuh baju dobi
sekarang basuh baju sendiri
dulu makan nasi hari-hari
sekarang ni makan roti
tu pun kalau ada duit lebih dalam laci.

dulu terfikir nak makan terus pergi beli
sekarang ni nak makan kena nanti-nanti
tunggu duit ada baru boleh beli
kalau tak, tinggallah ia sebagai keinginan hati
dan diganti ia dengan roti

hahahaha..itulah kisah hidup aku, sekarang ni sengket sikit, duit tiada. kalau ada orang yang nak merompak aku la kan, aku akan cakap kat dia "mintak maaf lah bro, aku sekarang ni tengah sengket, lain hari boleh la.." aku berfikir positif, mungkin ALLAH berikan aku kesenangan untuk aku rasa bagaimana erti kesenangan dalam hidup, erti kelapangan ketika kita ada duit. hari ni ALLAH uji aku dengan kesempitan, tak ada duit, tapi aku masih boleh tersenyum, bukan bahagia kerana tiada duit tapi aku tersenyum sebab ALLAH berikan aku hadiah, hadiahnya adalah "ujian". tak ada duit tak semestinya kena bersedih, makan apa yang ada, itu pun dah cukup, rezeki dari ALLAH. mungkin setakat itu sahajalah rezeki aku pada hari ini, mungkin esok atau lusa tak siapa yang tahu rezeki aku. Insya-Allah.

mungkin ALLAH berikan aku kesenangan yang lepas nak uji aku, biasalah manusia ni bila dah senang mulalah lupa segalanya. manusia ni tak terlepas dari sifat lupa, oleh itu ALLAH berikan aku kesusahan pula untuk aku sedar akan kesilapan aku semasa aku senang. bermakna ALLAH masih sayangkan aku, DIA tidak mahu aku terus, melalui jalan yang salah dan memberikan aku kesusahan untuk aku kembali ke jalan yang asal. mungkin!! dan aku sepatutnya bersyukur. oleh itu buat apa aku perlu bersedih jika DIA nak berikan aku cahaya. patut ke bersedih??? tak patuttt... samalah macam bila kita pakai kereta, tetiba ada orang datang nak amik kereta tu dan nak digantikan dengan kereta yang lebih mewah daripada yang asal, patut ke korang bersedih??tak kaaannn..moralnya setiap apa yang berlaku adalah kehendak-Nya. dan harus diingat segala kejadian yang menimpa kita bukan sengaja ALLAH berikan, ada hikmah disebaliknya.

terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hulurkan sumbangan..hahahaha,macam bersamamu la pulak..sumbangan anda amat dihargai, terutamanya ade, ila, amir, din, peja..dan ramai lagi. rupanya aku ni ramai kawan jugak yerrr..harini menu mg  dengan roti..mg pun ade yang bagi..hahahaha..
terfikir jugak macam mana la hidup aku ni bila korang semua dah balik kampung yer..sape la lagi aku nak mintak tolong...cuti sem ni aku tak balik, stay kolej je..nak buat projek.yang penting hidup aku kat UPM ni takkan kebuluran sebab kebun UPM tersangatlah luas, hahahaha..makan buah pun jadi laaaa..
satu lagikan aku tak mintak duit kat mak aku walaupun RM1 sebab aku tahu dia pun tak ada duit, so aku tak nak susahkan dia. cuti sem ni, ingat nak cari kerja..sambil-sambil buat projek ilmiah. sekarang ni aku tak ada laptop, tu masalahnya, ada tapi tinggal kat kampung, bagi kat adik, hadiahkan kat dia. abang sini takpe susah sikit pun.hehheh..sedihnya kan..ingat nak jual Ipad ni, nak ganti belikan notebook dan kalau ada duit lebih sikit, boleh la buat tampung aku dengan adik aku kat sini.sekiannnn...
peace no war......

No comments:

Post a Comment