"Bila seseorang melakukan kesalahan, dan dia tidak memperbetulkan kesalahan itu, dia telah melakukan kesalahan sekali lagi"
Saturday, December 10, 2011
HANTU DI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI (UPM)
Cerita tandas yang kami rakamkan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, kenapa pilih fakulti itu???persoalan disitu yaaa..
untuk pengetahuan korang mengikut cerita senior dan pegawai-pegawai yang telah bekerja lama disitu, mereka telah terserempak dan pernah berlaku pelbagai kejadian yang aneh disitu. banyak kawasan-kawasan keras di fakulti itu. mungkin kerana berdekatan dengan kawasan perkuburan. yang menariknya jirat cina dan tanah perkuburan Islam di UPM bersebelahan dan terselindung dibelakang bangunan-bangunan fakulti bahasa moden dan komunikasi. jadi tidak hairanlah banayak berlaku kejadian aneh disitu. bukan unutk mempercayai taoi memang aku sendiri pun pernah ternampak, mungkin 'dia' nak tunjuk yang dia ada dikawasan itu.
cerita ini berlaku sem lepas, pada sem yang lepas kami selalu ke Sangar Bahasa untuk membuat latihan teater. memang tiap-tiap malam kami akan berkumpul disitu. Sangar Bahasa berdekatan dengan kedua-dua tanah perkuburan tersebut. dan ramai yang telah cerita dalam banyak-banyak bangunan, kawasan di Sangar adalah tempat yang paling keras, aku pun tak tahu kerasnya macam mana. pada malam tu kami seperti biasa menjalankan aktiviti lakonan, biasanya kami akan mula jam 9 malam dan akan balik pada pukul 12 tengah malam. tapi bila hari pementasan dah nak dekat kami ambil keputusan untuk balik lewat kerana nak siapkan barang-barang props untuk kegunaan teater tersebut. aku dapat panggilan daripada cikgu Aida yang dia akan datang tapi lewat, jadi beliau suruh kami mula dahulu sesi latihan, sebelum latihan benda yang tidak pernah kami lupa, adalah buka panggung. baca ayat-ayat Al-Quran. nak dijadikan cerita, masa aku tengah tolong geng props siapkan barang, aku terpadang benda tau, tapi aku buat tak nampak kebetulan kereta cikgu aida lalu dikawasan tu dan masa tu jugak mata aku memang tengok dekat situ, jadi semasa kereta cikgu aida melalui, ada benda putih, bulat dan besar melintasi kereta cikgu aida, dalam keadaan bergolek. aku ingatkan cikgu aida tak nampak, aku pun buat tak tahu je la kan, lepas dia turun dari keretanya dia terus mendapatkan aku, lalu dia berbisik, apa yang lintas tadi???aku cakap la benda tu. tapi yang aku hairan, cikgu aida nampak binatang, tapi yang aku nampak benda bulat besar yang bergolek. bukan tu je, tiap kali kami sedang berlakon, aku dan kawan-kawan aku macam ternamapak bayangan orang yang sedang memerhati di tingkat atas sangar, bila dongak ke atas tak ada pula. tapi semua yang berlaku tu memang jadi tanda tanya sebab tak mungkin ada orang di tingkat atas kerana waktu itu pukul 12 lebih(malam). setahu kami, disitu memang kami je yang ada, sebab itu aku sebagai pengerusi teater tu tak bagi perempuan duduk berseorangan, mesti duduk dalam kumpulan. takut nanti jadi pape plak. cerita ini bukan aku reka tau, memang terjadi depan mata aku, cuma aku je buat tak tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kawan saya pun ada kata begitu.
ReplyDeletep/s: blog ini sangat berat! Susah nak loading walaupun saya guna UniFi. Erk?