Saturday, December 10, 2011

PUJUK RAYU LELAKI, WANITA BOLEH TERPEDAYA


hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh aku..hmmm..rasa macam tak sabar plak.korang nak tau kenapa??hahaha..rahsia..sebenarnyakan aku dah hilang status berkasih,tapi da dapat status baharu, tunang. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, 8tahun aku bersamanya. banyak suka dan duka aku dan dia lalui. 8 tahun ni bukan masa yang singkat, boleh dikatakan agak lama. tak ramai sekarang yang boleh bercinta sampai ke tahap ni. tapi aku patut bersyukur kerana hubungan yang kami bina berkekalan sampai ke hari pertunangan. aku berharap jodoh kami berkekalan sampai ke akhir hayat.isya-Allah.aku nak kongsikan sikit pengalaman aku ketika bercinta, apa yang aku rasa adalah bila masuk tahun ke-7 dan lapan, kita dah macma tak nak gaduh,  kalau boleh tak nak berlaku pun selisih faham,masing-masing nak jaga hati dan perasaan. sebab masa ni mungkin kita dah dewasa, masa mula-mula bercinta dulu, boleh dikatakan acap jugaklah selisih faham, mungkin tak dapat memahami antara satu sama lain. dan untuk memahami antara satu sama lain ni bukannya mengambil masa yang singkat. jadi tak hairanlah jika ramai antara kita yang bercinta setahun atau dua tahun atau tiga tahun tapi boleh putus. bagi aku unutk memahami dia megambil masa lima tahun. jadi bila berlaku sesuatu perselisihan kalau boleh janganlah abaikan wanita, teruslah pujuk, jangan sampai makan masa seminggu dua baru nak pujuk. kalau begitulah yang anda(kaum lelaki) buat, sah anda akan kehilangan orang yang anda sayang, tambah-tambah awek korang tu cun...mesti ada yang nak try kan, perempuan ni dia tak boleh kosong tau, mesti kena ada peneman. dan jika anda abaikan dalam jangka masa yang lama, mungkin ada orang yang akan try awek korang, manusia ni bila kesunyiaan dia akan cari tempat untuk menghiburkan diri, jadi takut-takut awek korang tersangkut dengan lelaki yang nak try tu je. biasalah hati bila-bila boleh berubah. hati wanita ni lembut, dengan kata-kata dan pujuk rayu lelaki,hati mereka (wanita) boleh cair. dan kepada wanita-wanita janganlah terlalu percaya dengan kata-kata lelaki. kebanyakan mereka hanya akan mengambil kesempatan atas kegusaran yang anda alami, dengan cara mengambil berat. dengan cara tu je wanita boleh cair tau, hebatnya mulut lelaki. nak-nak awek  atau kekasih yang suka memilih, bila jumpa yang lebih kacak, banyak duit, mula la terjatuh. padahal dia tak tahu lelaki tu hanya nak buat main je. lelaki ni dia akan melabur kepada wanita yang dia nak tu, apa yang wanita tu mintak dia akan cuba beri, tapi awassss kerana konsep memberi akan ada balasan, jadi lelaki tu bukan beri sahaja, tapi mahukan sesuatu dari anda. ya mungkin mula-mula lelaki itu baik terhadap anda, dan apa yang ada dalam hati lelaki tu para wanita tidak tahu. mulut senang cakap sayang, cinta. dan tidak susah untuk melahirkan cinta palsu melalui perbuatan dan mengzahirkan sayang itu. yang boleh membezakan adalah anda sendiri. jika anda(wanita) leka dengan kata-kata manis dan pujuk rayu lelaki. hmmmm.." selamat jalan hartaku".kacak tak semestinya baik, miskin tak semestinya jahat, dan kaya tak juga semestinya loket.miskin juga tak semestinya baik, ada manusia yang kaya tetapi pemurah, ada yang miskin jadi penjahat.

No comments:

Post a Comment