Thursday, November 10, 2011

SEUNTAI KATA UNTUK DI RASA (adaptasi daripada sebuah perjalanan kehidupan) 1


 PENGANGGUR TERHORMAT

Penganggur terhormat..macam best je tajuk ni..aku nak ceritakan sedikit penganggur ni, kisah ni aku cuba kaitkan dengan orang sekeliling aku. Dan aku harap dapat dijadikan pengajaran untuk kamu semua. Seperti mana yang kamu semua tahu, penganggur ni mesti orang yang tiada kerjakan. Tapi kisah yang aku cuba ceritakan ini adalah penganggur yang kaya.hmmmmmm..macam mana tu ae?? Dah la xbuat kerja tapi kaya, maksud aku diorang hidup mewah tak macam penganggur je. Mesti korang dapat agak kan kerja apa yang senang dapat duit…aku tak nak cerita kerja apa. Tapi yang aku nak cerita apabila mereka ke seberang mereka akan dilayan seperti orang yang berpangkat tinggi. Ini disebabkan kemewahan mereka semasa berada ‘di sana’. Oleh itu masyarakat di sana khususnya’ wanita-wanita’ memandang mereka dengan status yang tinggi. Sehinggakan dilayan macam orang yang berkedudukan dan berpangkat. Tidak dinafikan mereka seperti orang kaya-kaya, satu malam hampir RM3000 berbelanja di sana. Orang yang bekerja pun tidak sampai macam tu sekali berbelanja,lainlah jutawan-jutawan..hahaha..mungkin bagi mereka yang baru mengikuti cerita ini tidak akan faham apa yang cuba aku maksudkan, tapi bagi mereka yang telah mengikuti  cerita aku tentang Serambi Mekah ke Levira mesti kamu semua akan faham,  tentang apa yang cuba aku maksudkan. Memang mereka betul-betul mewah, dengan kemewahan itu mereka enjoy tanpa gangguan ‘di sana’. Sampai aku sendiri pun tergugat imannya..hahahha.. untuk korang semua, rasanya tidak perlu memilih jalan singkat untuk menjadi kaya raya. Memadailah apa yang dikurniakan, asalkan rezekinya halal dan tak perlu rasanya mencari keseronokan yang membelakangi agama sendiri. Sekiannnnnn……peace no war

No comments:

Post a Comment