Wednesday, November 9, 2011

SERAMBI MEKAH KE LEVIRA


Cuti hanya dua hari je, tapi rasa macam panjang..saya nak kongsi kan sedikit cerita yang saya lalui sendiri semasa cuti raya Aidiladha. Saya tidak tahu tindakan saya ini salah ke betul, tapi sekadar untuk pengalaman dan pemerhatian anda semua. Saya kira teruskan kepada cerita je, kami lebih kurang 12 orang pergi ke Thailand, golok. Tempat yang paling popular remaja-remaja Kelantan.  Boleh dikatakan saya merupakan orang baharu semasa setibanya di golok. Dan kawan-kawan yang lain memang dah biasa, mereka dah jadi macam masyarakat di sana. Sesampai melintasi bumi golok, dengan bot. hanya Tuhan yang tahu. Baru aku tahu macam  mana keadaan sosial di sana. Patutlah remaja-remaja Kelantan suka sangat pergi ke sana. Bukan untuk mencemarkan imej remaja-remaja Kelantan tapi itulah realiti yang terjadi, tidak kira lelaki ataupun perempuan, Cukup-cukup menyedihkan. Dengan keadaan mabuk, berpelukan dengan kekasih hati masing-masing, malah ada juga dengan orang yang mereka tidak kenal, mungkin dalam keadaan mabuk, mereka tidak ada lagi perasaan malu untuk berpelukan. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah golongan memuji Kelantan kerana tiada pusat hiburan (pub). Itu hanyalah sangkaan mereka yang tidak tahu, padahal di Kelantan juga terdapat pub, Cuma tertutup untuk orang-orang tertentu sahaja. Dan bagi remaja, mereka lebih selesa bersosial di golok kerana tiada gangguan daripada pihak berkuasa. Untuk tidak melepaskan peluang, melihat sendiri remaja-remaja Kelantan di golok, aku dibawa “orang senior” di kalangan kawan-kawan aku juga untuk mengunjungi pub LEVIRA salah satu pub yang terkenal juga di golok, yang selalu menjadi sebutan di bibir remaja Kelantan. Semasa masuk aku dikenakan pas dengan bayaran RM20. Semasa melangkah masuk, keadaan pub memang bising dan bauan arak. Rupanya ramai remaja Kelantan yang sudah ‘tersesat ke sana’. Boleh dikatakan hampir 90% remaja dan masyarakat Kelantan. Di atas pentas juga ada penari bogel, memang cukup-cukup cantik.hahahaha..cantik ke?? Dan di bawah pentas juga ada lebih kurang 5-6 orang yang melayani tetamu dalam keadaan cukup-cukup seksi. Aku juga tidak terlepas.hahahaha..aku hanya menyaksikan, dalam hati berkata “memang betul apa yang dikatakan itu”. Sempat juga aku bertanyakan kawan-kawan aku, aku tanya tentang kos, dia memberitahu kos di situ kurang-kurang RM500. Boleh juga bawa duit sikit tapi enjoy pun terbatas lah, dan mengikut salah seorang kawan aku, satu malam dia habiskan RM3000 berseronok di sana. Apa yang mereka lakukan biarlah aku simpan, dan itulah realiti sebenar. Yang boleh aku simpulkan keseronokan yang dicari remaja sekarang adalah keseronokan yang telah membelakangi agama khususnya remaja Kelantan. Sambil aku layan muzik sambil memerhatikan ada sepasang kekasih depan aku tu, mereka dalam keadaan mabuk. Aku cerita ni bukan untuk menjatuhkan air muka seseorang ataupun mana-mana pihak, tapi sekadar untuk pengetahuan kepada semua sahaja. Kami sampai ke Malaysia jam 4.00 pagi. Selain pub aku juga dibawa , ke pusat karaoke digolok. Semuanya menggunakan wanita seksi untuk menarik pelanggan sambil layanan yang ‘berbeza’.nanti aku sambung balik ceritaae,ada kerja sikit ni..bye..

No comments:

Post a Comment