Seuntai Kata Untuk Dirasa,
Apakah gambaran awal anda tentang aksara tersebut? mungkinkah seuntai kata untuk di rasa merupakan kata-kata hikmah? Seuntai Kata Untuk Di Rasa merupakan adaptasi daripada sebuah perjalanan kehidupan yang diakhirnya, berakhir dengan kesedihan ataupun dengan kegembiraan dan mungkin juga tiada perubahan. jika tiada perubahan boleh dikatakan seseorang itu tiada perasaan untuk menilai, menimbang, merasai perubahan hidup sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
'seuntai kata' merupakan satu pengisahan tentang perjalanan pengalaman hidup seseorang, pahit manis yang dilaluinya, tentang kesedihannya yang menimpa ke atas diri dan keluarganya, mengenai kegembiran yang diukirkan ketika bersama keluarganya, tentang kejayaan, penganiayaan, kegagalan, pengorbanan, ketabahan dan dapat dilihat juga tentang kecekalan keluarga tersebut mengharungi liku-liku kehidupannya dan disampaikan atau di interprestasikan melalui tulisan. itulah yang di maksudkan dengan 'seuntai kata'.
'untuk di rasa' memerlukan perasaan, pertimbangan, pemikiran rasional, ini kerana diakhirnya nanti pembaca akan dapat menilai dan merasai tentang perjalanan kehidupan seorang insan. bagi mereka yang tidak pernah melaluinya, mereka mungkin tidak dapat merasainya dengan penghayatan yang semaksimum mungkin, dan bagi mereka yang pernah merasainya, pernah mengalami, mungkin akan mengalir air mata mengenangkan peristiwa ataupun sejarah, mungkin juga satu trajedi yang berlaku sepanjang perjalanan hidupnya. dan bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya ambillah pengajaran daripada cerita ini sebagai satu pedoman hidup untuk mengharungi hari- hari depan. pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini cukup jelas.
-suatu pengisahan tentang kehidupan
-penulis akan cuba sedaya upaya mendekati perasaan pembaca dengan mengetengahkan unsur-unsur yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat.
-nantikan kemunculan cerita tersebut :)wawawawawa..macam suspen je..
from: afzan ismail (tok uban)
No comments:
Post a Comment