Terima kasih kepada mereka yang sudi mengikuti cerita-cerita saya..saya ingin memohon kemaafan kerana terpaksa padam cerita-cerita yang telah saya sampaikan, disini saya ingin menyatakan, cerita itu ditulis bukan untuk membuat orang sedih ataupun terharu, hanya satu cerita, pengalaman hidup yang ingin dikongsikan sebagai pengajaran untuk pembaca hari-hari depan. kepada mereka yang tidak sempat mengikuti kisah yang seterusnya harap maaf kerana ada kekanggan yang tidak dapat dielakkan. insya-Allah saya akan kongsikan cerita yang lebih menarik lagi kepada anda..kepada yang terlibat dalam cerita pusara di lebuh raya, saya memohon seribu kemaafan. pusara di lebuh raya sebenarnya adaptasi daripada kisah hidup saya, perjalanan perhubungan saya dengan seseorang. bagi saya itu hanyalah satu cerita yang saya kongsikan tentang pengalaman hidup saya yang telah tersilap memilih jalan sehinggakan boleh membuat orang yang menyayangi saya bersedih..salahkah aku terhadap kedua-duanya???
-kepada mereka yang terlibat janganlah berfikir negetif terhadap cerita ini. dan saya amat hormati keputusan anda.
-kepada mereka yang masih hidup teruskan perjuangan, jangan bersedih dengan kehilangan, malah persiapkan diri untuk menempuh cabaran-cabaran dihadapan. "patah tumbuh hilang berganti" yang pergi biarkan pergi dan yang hidup teruskan legasi.
-ALLAH S.W.T telah menyiapkan perjalanan hidup yang terbaik untuk kita. janganlah terlalu meronta kesedihan dengan kehilangan, kerana seperti tidak menerima hakikat pertemuan yang telah ALLAH janjikan...
No comments:
Post a Comment