assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
alhamdulillah, rasa syukur saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana merestui perjalanan pulang ke UPM diiringi doa daripada bonda tercinta, selamat sampai di Upm tepat jam 8.30 pagi. datang upm dengan penuh semangat untuk merentasi laluan yang wajib dilalui oleh setiap mahasiswa iaitu peperiksaan akhir. tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku siap sedia masuk ke dewan peperiksaan, insyaAllah dengan izin-Nya aku akan buat yang terbaik untuk diri aku sendiri.
seminggu lebih masa diberikan untuk ulangkaji, aku ambil keputusan untuk pulang menjenguk bonda tercinta di kampung, Alhamdulillah, ibu masih sihat walafiat. selama beberapa hari berada di kampung, macam-macam cerita yang sampai di telingga aku ni, rasa nak tergelak pun ada, rasa sedih pun ada. rupanya banyak benda yang dah berlaku selama peninggalan aku hampir 2 bulan lebih. hari mula-mula aku balik, dah ada berita yang menyedihkan, pemergian sepupu sebelah mak aku, meninggal sebab sakit jantung dan strok. beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam kampung gelam. hari yang kedua, dengar satu berita dan mungkin antara pembaca yang mungkin terbaca satu artikal tentang seorang lelaki maut dipatuk ular beberapa kali..aku pun pelik, setahu aku ular ni hanya mematuk mangsa hanya sekali, selepas itu ia akan cepat-cepat mencari air untuk diminum. mak aku cakap ular ni akan lemah jika orang yang dipatuk lebih cepat meminum air daripada ia. maknanya setelah ular mematuk mangsanya ia akan terus pergi mencari air. balik kepada cerita tadi, mengikut cakap-cakap mulut orang ada dua fakta yang aku dengar, yang pertama ceritanya begini:
*ular tersebut bukanlah ular sebenar,sebaliknya hanya jelmaan syaitan. mengikut cerita ini, ular tersebut sangat besar,saiznya lebih kurang sebesar tiang elektrik, iaitu jelmaan ular tedung selar. arwah pergi ke padang@bendang dan terserempak dengan ular itu,lalu arwah berkata "tunggu sini,aku balik ambik lastik" lebih kurang macam ni la ayat dia, lepas tu arwah pun balik dan pergi semula untuk melastik ular tersebut, dijadikan cerita ular tersebut mematuk arwah dilutut, dan mematuk nya lagi beberapa kali sehingga mati. ada fakta menyatakan ular tersebut ular cik raya. mungkin ada sesetengah je yang kenal ular ni sebab ia jarang-jarang muncul. ular ni sangat ganas dan berbisa. mengikut cerita ular ini juga boleh berjalan ditas pucuk-pucuk pokok dan tidak jatuh walaupun pokok itu kecil.aku sendiri pun tak pernah tengok,tapi ular ni betul-betul wujud. kita sambung cerita tadi, selepas mematuk ular tu masuk ke satu kawasan lembah yang dikatakan tempat ular itu tinggal, disitu ada pokok mengkuang. untuk menangkap ular tersebut penduduk terpaksa memanggil beberapa orang bomoh ular tetapi gagal, ada bomoh yang menyatakan tidak padan dengan beliau. setelah berbomoh, seorang bomoh menyatakan itu bukan ular, itu hanya jelmaan dan ular tersebut telah memberi mimpi bahawa lelaki yang dipatuk masih hidup. yang aku nak tergelak, maknanya orang kebumikan leleaki tu hidup-hidup la. timbul kemuskilan, takkan lah hospital tak tahu lelaki tu masih ada nadi ke tak. mengikut cerita itu lagi ular tersebut pergi menungu kubur arwah untuk mengambil balik bisanya.
*fakta yang kedua menyatakan bahawa itu betul-betul ular, buktinya beberapa bulan kebelakangan ini banyak lembu penduduk kampung mati dimakan ular tersebut. maknanya ular tersebut memang besar sehingga menelan lembu. dan pada musim tengkujuh tahun lepas beberapa orang pemuda telah dikejar ular tersebut kerana mereka dikatakan pergi menangkap ikan dikawasan ular itu.
aku pun tak tahu yang mana betul, yang mana salah tapi yang betul-betul pasti, peristiwa tersebut telah menjadi berita dan perbualan penduduk. sehinggakan ada penduduk luar dari daerah pasir mas datang antaranya dari kuala krai dan banyak lagi. dan satu lagi sehingga sekarang ular itu masing bebas walaupun telah memanggil beberapa orang "bomoh handalan" untuk memanggil ular itu keluar. berita tersebut juga memanggil lebih 3000 orang untuk berkampung disitu untuk melihat proses penangkapan ular.
satu lagi cerita tentang orang tua tersalah minum air soda,terminum cuka getah.cerita akan bersambung minggu depan >>>>>aFzAn
demo blh mana citer nie?
ReplyDeletenop suko pom ado... kikik.....
setahu kawe ya ular sawo jah hop biso sopmo... kikikiki
demo blh mana citer nie..?kikiki
ReplyDeletenop suko kawe je... lawok pom ado...
setahu kawe la ya ula sawo jah hop biso sopmo...kikikiki