Friday, April 29, 2011

Kelantan benam ego Selangor, sekaligus mencalarkan rekod tanpa kalah Selangor ditempat lawan




PENGGEMPUR berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.
Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.
Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor.
Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.
Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.
Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol.
Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.
Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar.
Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut.
>>hanya rasa syukur  dan terima kasih dapat diluahkan kepada Allah s.w.t . puas hati dapat tengok Selangor kalah di tangan Kelantan, memang rezeki memihak kepada Kelantan,walaupun menang tipis tapi sudah cukup memberi keceriaan kepada peminat The Red Warriors yang mengharapkan kemenangan. walaupun aku sedang menduduki peperiksaan akhir sem tapi aku tak melepaskan peluang  menyaksikan pasukan kesayangan aku berentap menentang musuh tradisi. Kemenangan ini juga telah membuka mata jurulatih Selangor K.Devan  dan F..M bahawa Selangor sebenarnya bukan pasukan yang hebat walaupun menjadi anak angkat F..M, Selangor yang selalu mendapat belaian F..M dan Kelantan pula sering dianaktirikan, ternyata  Selangor bukan pasukan yang perlu digeruni. Kekalahan ini juga telah menjawap kenyataan Devan yang menyatakan kekalahan Selangor pada perebutan Piala Sumbangsih kerana mereka tidak bersedia, dan kekalahan pada minggu lepas pula beliau menyatakan Selangor bermain pada tahap prestasi kurang baik kerana keletihan baru pulang dari Sabah. Ternyata itu semua hanyalah omongan dan alasan sahaja, pasukan Kelantan pun berentap di luar Kelantan, pada perlawanan sebelum itu, kekalahan Selangor pada minggu lepas juga telah mencalarkan rekod tanpa kalah Selangor dilaman lawan. walaupun mereka masih menerajui puncak liga, namun itu bukan bermakna mereka akan tetap berada diatas kerana masih ada 11 perlawanan lagi, kelantan akan sedaya upaya akan memberi tentangan walaupun berada di tangga ketiga namun mereka hanya dipisahkan hanya dua mata sahaja.....gomo klate gomo!!

2 comments: